Monday, July 30, 2007


"Kak Wani, kalau Kak Wani jadi kaya nanti, jangan lupa kami kawan-kawan ya.."

Kak Wani gelak.

"Kak Wani, bila Kak Wani jadi senator nanti, jangan malu tegur saya ya bila2 kita terjumpa.."

Kak Wani jengil mata.

"Kak Wani, nanti bila dah jadi orang besar negara, tolong2 anak saya dapat kerja kerajaan na.."

Kak Wani gelak, jengil mata dan cakap, "Apa cik Ummu merepek ni.."

Saya pula kelip-kelip mata. Teringat Makcik tak baik yang suaminya yang baik sangat tu. Kasihan suaminya yang baik tu dapat makcik yang berperangai serupa dengan Cina yang hon saya semalam sebab terlambat sikit depan traffic light. Orang widod iman. Makcik tu, kalau bercakap pasal Islam..aduh mak aiiii..



"Oi orang kaya, ingat sikit..harta tak bawak ke mana. Mata yang menjeling sombong tu belum tentu dapat bawak awak tu masuk syurga."

Sebenarnya, saya nak hemburkan tu masa Makcik tu menunjukkan kesombongannya (entah sengaja atau kesengajaan) Masa anaknya nak dicoverkan, manis mulut mak aih...



saya memang macam ni kalau marah. hahaaaaaa

Saturday, July 21, 2007

DI MEJA JUALAN BUKU UMP

Saya terharu. sebelum saya tutup meja buku hari ini, saya nak maklumkan pada diri saya dan sesiapa yang membaca entry ini, bahawa kita khususnya masyarakat Melayu masih belum mempersiapkan diri menghadapi umur emas 50 tahun khususnya untuk negara yang tercinta ini. Ini bukan tuduhan melulu, ini adalah pengamatan saya selama dua hari, diulangi hanya dua hari saya di sebuah kawasan daerah Kuantan, Pahang.

Saya, sebagai penulis, penerbit dan juga menjual buku2 kami sendiri (baru2 belajar) datang dijemput UMP (UNIV MALAYSIA PAHANG) secara percuma untuk berdagang dan mempromosikan buku2 kami di sini (sabtu dan ahad) sempena Program Minggu Kerjaya.
Apabila menyebut program di atas, tentulah peserta yang datang ini adalah masyarakat kelas akademik dan pertengahan yang baru2 mencari tapak kerjaya/ mengukuhkan pengetahuan tentang agensi dan syarikat2 swasta yang menawarkan pasaran kerja.

Anda tahu, saya wakil penerbit, selain mencari orang membeli buku2 kami, merisik juga sesiapa yang berminat terlibat dengan media cetak khususnya untuk media Islam. Namun, menyedihkan, betapa kurang prihatinya masyarakat yang dihidang akhbar Cakna (Timur Tengah khususnya Kuantan)pada sesuatu yang bersifat pengisian minda.

Saya tidak mahu meleret. di depan gerai kami adalah gerai kosmetik dan makanan. Antara tiga gerai ini, anda tentu dapat menerka siapa antara kami (peniaga) yang lebih menjadi tumpuan.
Saya mahu maklumkan, kesimpulan saya mudah, masyarakat Melayu masih mementingkan kecantikan luaran dan pemakanan berbanding ilmu pengetahuan. Kami yang menjual buku (malah saya penulisnya sendiri turun padang) hanya dipandang sebelah mata (macam kami jual belacan). Ada juga ibubapa yang bila anak2 pegang buku (Asuh dan buku2 bermanfaat terbitan kami) sudah jeling semacam ibu tiri jahat. Aduh! Saya kasihan mereka ini. Saya sendiri berasa malang jika mendapat ibubapa yang takut membelikan buku pada anak2 walhal pegang buku pun sudah mereka jeling semacam.

Saya tengok, ada ibu yang tidak lokek membeli alat mekap tebal yang harganya lebih mahal berbanding buku dan majalah kami tetapi geleng kepala bila anaknya kecek duit tidak sampai lima ringgit nak beli buku.

ada juga bapa, yang bila saja nampak anaknya datang ke kedai kami, terus ditarik tangan ke tempat lain.

Aduh! inilah wajah orang Melayu (khususnya di pantai timur) yang lebih untuk cantikkan lahiriah daripada isi dan kualiti minda.

Saya sedih (bukan kerana buku tak selaris buku2 Faisal Tehrani- jangan tak tahu, ada remaja yang saya tanya, FT pun mereka tak kenal. ) Sedih kerana minda masyarakat kita masih belum terbuka menghadapi umur emas Merdeka.

Saya mahu pulang sekarang.

AWAN BERCERITA

“Kami gembira. Ria. Kamu siapa? Aku? Akulah yang mendongak betapa tingginya kalian dari bumi, nah! Sekarang kalian di sisiku sahaja, jikalah kita boleh bersentuhan..”

Awan bergumpal, bersimpul dan berkumpul erat-erat. Setompok di kanan, yang paling besar di hadapan. Gumpalan meriah sekali. Biru. Putih. Berbalam-balam sehingga terasa berada di kota kayangan. Awan menari, bergerak dan menyanyi lagu ria. Senyum pada awan. Senyum pada awan. Berulang kali lagu ria berdesing dalam nubari. Jika boleh digenggam, seperti kapaskah? Jika boleh disentuh, sesejuk saljikah? Jika boleh dikulum, seperti gula-gula maniskah? Senyum pada awan. Senyum pada awan.


Rindu yang tertahan-tahan..

Awan yang selalu dikerlip dari bumi, mengirim rindu..bila diri akan terbang lagi?




“Semoga kita cepat bertemu lagi ya awan-awan semua,”











Mahu Jadi Pencinta Ilmu


Persidangan antara bangsa para ilmuan,

Peserta mewakili berbagai zaman dari serata ceruk alam, Umar al-khattab pengerusi sidang utama, Umar Abdul Aziz pengapait rapat, Mewakili tabi`in terhormat.
Abu Hanifah, Malik, Shafi`i dan Ahmad pembentang kertas kerja hukum, Asy`ari, Maturidi, Juwaini dan Razi hadir bengkel Usuluddin, Hasan Basri, Junaid Baghdadi, Qushairi dan Rabia`tul `Adawiyah hadir bengkel sufi, Ibn Taymiyyah, Ghazali, Shatibi hadir bengkel tajdid fikri dan amali, Beratus ilmuan menjadi peserta khusyuk mendengar hujah berperi.
Bengkel bahasa Sibawih pengerusi, Bengkel Tafsir mengumpulkan Tabari, Zamakhsyari dan Qurtubi, Bengkel hadith diwakili Bukhari Muslim Tirmidhi, Ramai peserta dari kalangan Salafi, Turut serta pengikut khalafi menjadi pemerhati.
Pada akhir persidangan tercapai satu resolusi, Menasihat umat bersatu kembali merujuk Quran dan Sunnah Nabawi, Mengguna akal penuh bistari, Dan sambung resolusi itu lagi.
“Jangan ada menolak akal, Apalagi menolak nas qat`i, Nas didalami dan akal menggarapi, Menoleh suasana zaman, tempat, adat dan uruf melingkari”
Tahukah kita semua mana qat`iyyat yang tak berubah hukumnya, Mana murunah yang berubah menurut realiti berbeza, Mana muhkamat dan mana mutasyabihat, Jangan ilmu sekangkang kera mahu jadi mujtahid pula, Tak tahu alif, ba, ta mahu jadi mujaddid juga, Akhir si jahil jadi hero dunia.
Sidang mulia akan di adakan secara tahunan, Memugar isi kandungan al-quran, Dan makna mutiara hadis di taman, Mengambil segala buah pemikiran ilmuan zaman berzaman, Dari Ibn Khaldun hingga Afghani, Abduh dan Ali Syari`ati, Menalaah pandangan Malik Bin Nabi dan Abul Hasan Ali al-Nadwi.
Tahun depan tema lebih berspisifikasi, Akidah, dakwah,usul dan hukum, Ekonomi, pengurusan, politik dan seni, Semuanya berperspektif Islam, Para akademia dari universiti seantero dunia dijemput hadir, Mewakili ilmuan zaman ini.
Persidangan tanpa upacara resmi-resmian, Raja tidak meresmi, menteri tidak dijemput, Kerana penganjur tidak ada wang cukup untuk dibazirkan, Tidak ada jamuan kepada para muktamirin, Semua guna wang poket sendiri-sendiri, Justeru ilmuan golongan tidak terbela ekonomi mereka.
Wang sudah habis SMS mencari juara fantasia, Mencari Malaysian Idol, Dan Mawi menjadi heronya, Hingga berebutlah UMNO dan PAS menarik Mawi sebagai umpan baru, Berpolimik Mursyidul Am dan ketua Dewan Ulama, Sehingga berserabut jadinya.
Pastikan tema seminar tidak tersasar, Dengan isu remeh temeh, Bimbang para ilmuan lagi jauh ditolak ke tepi, Kerana seorang penghibur menarik jutaan tarikan, Para ilmuan terkapai-kapai
(sumber: Pemikiran guruku, Prof Madya Mohamad Kamil Abdul Majid-www.kamilmajid.blogspot.com)

Thursday, July 19, 2007

Warna-warna Anis raya






Depan madrasah Nur Bukit Unggul


Dalam kelapangan waktu pun sebenarnya kita menjalani tanggungjawab. Yang merumitkan diri ialah ruang waktu yang sepatutnya dihabiskan untuk sesuatu perkara beralih kepada perkara lain yang tidak begitu penting. Team Anis dan pasangan Ina -Suhaimi

Maka, saya akan mencatat pengalaman baru dalam bidang kerjaya ini sedikit2 kerana memang waktu tidak begitu mengizinkan. Aslim taslam!
Kumpulan Rabbani
Kumpulan Mestica dan as-Syifa'

MUSIM ORANG BERTUNANG

Adalah musim ujian
adalah musim kesabaran
adalah musim penilaian
Adalah musim mengenali dan mengetahui
Adalah musim genting
Moga berakhir di tikar sejadah cinta
yang diberkahi Yang Maha Esa.

(Buat Ina dan Suhaimi- 12 Ogos mereka menikah. tahniah!)







aku rasa..aku paling comel..hehee



alah-alah...


Monday, July 16, 2007

MULA KERJA WARTAWAN









Kerja wartawan bukan mudah. Dulu, masa aku pratikal di beberapa majalah antaranya Majalah Anis (masa tunggu SPM) dan Dewan Masyarakat (2003) dan Tunas Cipta (2003), kerjaku banyak dipandu nasihat ketua editor. malah, waktu tu aku hanya buat apa yang disuruh mereka sahaja. Pernah juga aku keluar interview tokoh, soalanku itu disediakan oleh editor. Balik tu, aku tibai sendiri artikel yang boleh aku katakan baik juga la berdasarkan umur aku yang masih muda (masa tu- 18 tahun) dengan bahasa artikel seorang amatur.






Sekarang? Angin buntu dan bingung macam mengenggelamkan lapang jiwaku. Setiap kali masuk je opis, aku disuguhkan kerja. Maklumlah, pemberita baru macam2 orang prihatin minta kita buat. Tapi, aku yakin ia tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan wartawan akhbar, wartawan majalah lebih lapang ruangnya. Aku, sebagai penulis kreatif tidak lepas mengalami masalah bahasa untuk buat satu rencana. berjam-jam depan komputer belum tentu dapat siapkan satu artikel. Aduh! mujurlah aku jenis biasa dengan kerja bawah 'tekanan' sekurangnya tidaklah aku duduk bergoyang kaki walaupun sekejap.




Bulan ini aku diberi tugas utama siapkan artikel kulit depan. Orang itu ialah Raja Mazian. Nak tahu betapa hodohnya artikel aku, tunggulah Anis keluaran September 2007. Aku telah berkata pada diriku, Ummu Hani, engkau budak baru belajar!










Tuesday, July 10, 2007




Potret cinta kepada Rasulullah SAW.




Selalu, kerana hati ini dimomoki perkara dunia terlintas ingatan pada Nabi SAW adalah sesekali ingatan yang tipis. Aduh hati! aku menyalahkan diriku kerana saban waktu, kecintaan yang sepatutnya bertambah pada baginda SAW tidak hadir dengan meluap. Dengan gembur dan dengan selalu. Cinta kalaupun ada terisi dalam ruang kalbu yang berpeta dengan dosa dan maksiat. Layakkkah hati ini menakung cinta suci kepada Nabi SAW?




Rasululullah SAW, aku ingin mencintaimu bukan kerana ia menyelamatkan aku di akhirat. Tetapi, kerana kaulah rahmat buat seluruh alam. Dan kerana cinta Allah kepada dirimu, maka aku juga tercipta sebagai manusia.


Aku ingin ikhlas mencintaimu Rasulullah SAW.




Baharu sekarang aku mahu belajar dan mahu terus berusaha..




RASULULLAH SAW.


I LOVE YOU.


Thursday, July 5, 2007

jemput mai!

DISKUSI NOVEL

KEPADA KAWAN2 YANG SINGGAH DI SINI, SAYA MENJEMPUT KALIAN KE MAJLIS DISKUSI NOVEL ANJURAN DBP PADA 14 JULAI INI (SABTU) JAM 9.30 PAGI.
NOVEL2 YANG BAKAL DIDISKUSIKAN IALAH LADANG HATI MUSTIKA KARYA UMMU HANI ABU HASSAN (PEMBENTANGNYA IALAH PAK SAIFULLAH SKAMALIE DARI JAKARTA), MISI PIRAMID OLEH IDA MUNIRA (PEMBENTANGNYA IALAH SAUDARA ZAEN KASTURI) DAN KARYA TERBAHARU ZAID AKHTAR, JUSTERU IMPIAN DI JARING DIBENTANGKAN OLEH DR KAMARIAH KAMARUDDIN.

JEMPUT DATANG RAMAI2. FREE DAN MAKANAN DISEDIAKAN.

Seorang yang menyimpan impian seperti orang lain

My photo
Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang anak kepada ibubapanya yang sabar. seorang kakak kepada 10 adik yang kaletah dan comel-comel. Seorang yang selalu berusaha. Seorang yang pernah jatuh. Seorang yang ada baik dan buruk dan selalu memperbaiki dirinya dengan impian dan usaha. Seorang yang tahu dia seorang hamba dan khalifah. Bakal Mahasiswi Sarjana Universiti Malaya dalam bidang Strategi Dakwah dan media. Penulis dan penerbit yang baru2 belajar. hubunginya: Baitul Hasanah, Kampung Gajah Puteh, Padang Sira, 06100, Kodiang, Kedah. senyum_sokmo2@yahoo.com www.esasterawan.com (ummu hani) Mari tolong berikan hikmah ilmu kepada saya.