Wednesday, January 16, 2008

aduh..menjadi penulis bukanlah mudah

Saya, seorang yang baru belajar mencintai Bahasa Melayu apabila berjinak dengan penulisan cerpen dan novel. Sebelumnya, saya seorang pembaca karya-karya ringan alias popular kira-kira dari umur 9- 15 tahun. Karya Ahadiat Akashah amat saya gemari.
Namun, seorang insan telah menyedarkan saya betapa kehidupan itu bersifat serius tidak hanya dibuai mimpi2 cinta remaja, angan2 mahu hidup senang tanpa usaha, leka mengimpikan hidup sentiasa berada di puncak (kerana semuanya dihadam saya dalam novel popular, saya menjadi remaja yang kuat berangan-angan dan dilamun asyik tanpa hakikat)
Insan itu, dengan ketabahannya menyungguhkan saya dengan tulisan-tulisan murni hasil pengalaman hidup, pengamatan dan rasa tanggungjawab dakwah Islam beliau kepada umat Melayu. Dia, ketika usia saya merangkak 7 tahun, telah mula membelikan buku-buku karya Nazel Hasyim Muhammad (buku kanak-kanak) dan sebuah buku Dr Hm Tuah (Buku kanak-kanak)serta buku beliau sendiri (yang beliau karang malah sebelum terbit saya antara insan terawal disuruh menghadamnya) Dunia pembacaan kanak-kanak saya yang pernah pincang telah disuburkan kembali akar bahasa dan nilai ilmunya kala membaca karya Sabarlah Sayang, Kota Seribu Klong, Menitip Kasih, Angin Rindu, Titus dan lain-lain. karya-karya beliau yang kaya dengan jerit perih seorang Melayu mengakar jatidirinya dengan kepayahan dan usaha gigih, karya Melayu yang bukan ditonjolkan penuh dunia glamour dan popular tetapi seorang yang rendah hati dan budi, karya yang mempunyai misi dan cita-cita remaja pasca moden yang hampir parah diripuh globalisasi tetapi kemudiannya kembali sedar dan menjadi Melayu yang lebih ideal, karya yang dikawal dengan bahasa yang cantik dalam klausa sederhana malah otak kanak-kanak saya telah berkembang baik untuk menulis ejaan malah karangan dengan baik (kerana selalu membaca karya insan ini). Malahan, kerana beliau begitu mahu saya dan adik-adik dikawal minda dan akar budaya, musim kanak-kanak kami sunyi daripada televisyen hanya diripuh dan dihiburkan dengan buku-buku sastera karangan beliau dan teman-temannya. Alhamdulillah, sesabar beliau mengasuh saya sedari kecil untuk menjadi pembaca dan pemilih yang baik hasilnya menyedarkan saya untuk menjejaki langkah beliau menjadi penulis sastera Islam. Beliau adalah bapa saya sendiri, Haji Abu Hassan Morad, salah seorang daripada penulis di Malaysia yang menjadikan wadah sastera Islam sebagai alat pejuangannya untuk agama.

Kini, masa telah pun dimakan anai-anai kepantasan global hingga otak dan fikiran penghuni bumi juga hampir nipis dan tidak boleh bekerja, berfikir dan melaksanakan secara tabi'i mengikut keperluan fitrah. Tidak pernah terfikir saya bahawa di abad yang mendatang (abad inilah) manusia boleh memikirkan bahawa musuh bukan sahaja boleh dibuat kawan malah boleh dijadikan teman sebantal. Musuh yang dimaksudkan ialah hawa nafsu dan keinginan di luar pemikiran manusia. Jika penganut pasca moden melupuskan dalam kehidupan mereka apa yang bernama norma dan etika, apakah manusia yang terdidik dengan agama,ilmu, perundangan, budaya dan segala macam rumpun yang membentuk mereka boleh melupakan sahaja proses2 itu (yang mana proses Islamisasi inilah yang memartabatkan mereka untuk bergelar Melayu ideal)hanya kerana mahu mengikut kehendak zaman iaitu; mudah dan senang, hidup horey-horey hedonis, hidup mengikut kehendak majoriti (khususnya barat).
Saya tidak merasakan tepat didikan yang memilih apa yang disukai anak-anak kerana usia mereka memang fitrah berkemahuan 'seronok'. jika begitu, ibubapa tidak ada prinsip untuk melaksanakan apa yang sepatutnya pada anak-anak kalau terlalu mengikut kehendak dan naluri keanakan anak-anak ini. sebagai contoh, wajarkah seorang bapa membelikan motor berkuasa tinggi jika si anak baru berusia 15 tahun dan tidak mempunyai lesen memandu tetapi kerana itu minat dan kesukaan si anak, maka si bapa yang bodoh itu membeli juga. (sama kes bapa membelikan dadah kepada anaknya kerana tak sanggup melihat anak sakit ketagihan).
pengalaman zaman kanak-kanak saya sudah berlalu. Abah saya telah berjaya mendidik diri dan jiwa saya cenderung menjadi penulis sastera Islam.
Namun, bagaimana adik-adik saya kemudiannya?
Aduh! saya mula pening kepala apabila adik2 di rumah lebih suka melepak di hadapan chanel-chanel Astro yang tidak ketahuan rancangannya (dengan pengacara yang tunggang langgang bahasanya, dengan konsep tayangan 100 peratus hedonis) malah mereka tidak ambil berat pun untuk membaca karya-karya sastera (termasuk karya bapa mereka alias bapa kami sendiri apatah lagi membaca karya sastera orang lain. )Adik-adik saya kerana kemahuan mereka dituruti abah (memasang astro dan internet di rumah) tidak mengambil peluang untuk menyusur akar umbi sejarah, budaya, bahasa yang mengilhamkan mereka sebagai Melayu Muslim melalui medium global ini sebaliknya, alat2 itu sekadar untuk mengisi ruang libur. (Astro untuk tengok rancangan Raja Lawak, AC Di sini dll dan internet untuk berchatting, frndster, youtube dll)Hanya setakat itukah remaja kini mahukan sekarang?
Makanya, saya mahu mengajukan kepada pihak Pemilihan Teks Komsas, apakah kalian juga mahu menjadi seperti ibubapa yang mengikut selera anak-anak yang baru menapak ke ambang kematangan (tak sampai tahap matang) seperti stesen televisyen yang telah berjaya menyuapkan hidangan (kebanyakan berupa sampah yang dikosmetikkan)kerana itulah yang remaja kini gemari?

SAYA MALU. KETIKA BERSEMBANG DENGAN KAWAN-KAWAN DARI INDONESIA YANG SAMA BELAJAR SARJANA DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM. BERANI SEKALI SALAH SEORANG MEREKA MENGATAKAN BAHAWA PELAJAR SARJANA DARI MALAYSIA TIDAK BERJAYA MENONJOLKAN KEMANTAPAN ILMU, BERBAHAS DAN MENGOLAH IDEA DENGAN BAIK. MALAH KATANYA, APA YANG DIPELAJARI PELAJAR SARJANA DI APIUM TELAHPUN DIPELAJARI MEREKA SEWAKTU DI PESANTREN INDONESIA (SEK MEN).
SAYA AKUI BENAR.

Saya menyalahkan diri tetapi juga mahu menyalahkan orang lain kerana kesalahan itu berpunca daripada sistem yang hipokrit daripada pihak pemerintah (CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!) Mahu lahirkan umat yang cemerlang, gemilang dan terbilang ?? dengan buku hasil tangan seorang hedonis dan popularis??

Saya bukan pembangkang tetapi anda nilai sendiri dengan membaca berita ini dan tunjukkan protes anda sebelum kita semua dibuai mimpi2 horey-horey tak sudah-sudah...
Teks sekolah tak senarai karya SN


KUALA LUMPUR: Tiada karya Sasterawan Negara tersenarai sebagai antara buku yang dicadangkan untuk teks baru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.

Turut tidak tersenarai ialah puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.

Sumber memberitahu Berita Harian, tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.



“PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak wajar SN yang mendapat pengiktirafan negara, karyanya dinafikan daripada turut disenaraikan dalam cadangan teks baru untuk Komsas kerana masih ada jalan menghormati mereka iaitu dengan memilih karya mudah agar memenuhi selera remaja.

Berita Harian difahamkan antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai cadangan ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

NASIONAL Teks sekolah tak senarai karya SN


KUALA LUMPUR: Tiada karya Sasterawan Negara tersenarai sebagai antara buku yang dicadangkan untuk teks baru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.

Turut tidak tersenarai ialah puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.

Sumber memberitahu Berita Harian, tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.



“PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak wajar SN yang mendapat pengiktirafan negara, karyanya dinafikan daripada turut disenaraikan dalam cadangan teks baru untuk Komsas kerana masih ada jalan menghormati mereka iaitu dengan memilih karya mudah agar memenuhi selera remaja.

Berita Harian difahamkan antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai cadangan ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

“Hanya novel Zaid Akhtar pernah memenangi hadiah sastera. Pendekatan baru PKK ini akan merugikan pelajar kerana pemikiran dan penggunaan bahasa penulis karya popular boleh dipersoalkan, di samping tidak menepati matlamat asal Komsas,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut memberitahu, PPK tidak lagi melantik sarjana sastera dan pengarang sebagai ahli Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas, sebaliknya melantik Guru Pakar Bahasa Melayu dan Guru Pakar Sastera untuk mengeluarkan senarai pendek teks untuk penilaian akhir.


Cetak artikel | Hantar

4 comments:

Ummu Afeera said...

salam..akak ada menawarkan kursus penulisan ke??

Anonymous said...

World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold b3y6t7ij

Anonymous said...

全程代理各航国际机票国内机票特价国际机票留学生机票、团购优惠!网址:http://www.guojijipiao.bj.cn

Unknown said...

I am working at Rsorder.com, which is providing cheap runescape gold ,rs items, runescape money , rs account and rs powerleveling with fast delivery.What you say is very funny and your thought rs gold is so new , which is also easy to be understood. However, i also want to say i am hope for more here. Better to remain silent and be thought a fool that to speak and remove all cheap rs gold doubt.

Seorang yang menyimpan impian seperti orang lain

My photo
Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang anak kepada ibubapanya yang sabar. seorang kakak kepada 10 adik yang kaletah dan comel-comel. Seorang yang selalu berusaha. Seorang yang pernah jatuh. Seorang yang ada baik dan buruk dan selalu memperbaiki dirinya dengan impian dan usaha. Seorang yang tahu dia seorang hamba dan khalifah. Bakal Mahasiswi Sarjana Universiti Malaya dalam bidang Strategi Dakwah dan media. Penulis dan penerbit yang baru2 belajar. hubunginya: Baitul Hasanah, Kampung Gajah Puteh, Padang Sira, 06100, Kodiang, Kedah. senyum_sokmo2@yahoo.com www.esasterawan.com (ummu hani) Mari tolong berikan hikmah ilmu kepada saya.