Thursday, May 24, 2007

CATATAN DICURI DARI ABAH

JULIA DAN REALITI

Saya bukan penulis tetapi perakam peristiwa manusia. Jadi tidak cukup kalau sekadar bermain dengan mata pena atau pun keyboard komputer, saya perlu pergi lebih jauh kerana buku memerlukan imajinasi tetapi tidak semua orang boleh menghayati patah perkataan yang ditulis sebaliknya apabila dipindahkan ke audio visual, ia menjadi mudah dan lebih berkesan.

Mungkin itulah yang terbaik untuk menceritakan bagaimana saya `bertukar’ arah dari seorang guru terlatih kepada pengamal media di negara ini.

Seperti kanak-kanak lain di Felda Guar Napai, dunia kami hanya kebun getah, guar, jiran-jiran yang kami anggap seperti keluarga sendiri walaupun pada asasnya tidak mempunyai pertalian darah. Itulah dunia zaman awal berada di felda ini. Pagi ke sekolah. Ibu dan bapa ke kebun getah. Kami mengaji di sekolah. Ibu dan bapa berhuma di bukit sementara menunggu pokok getah besar. Tengah hari ibu dan bapa balik. Memasak untuk kami. Kami balik dan makan bersama dengan keluarga yang lain. Petang ibu dan bapa ke bukit semula. Kami bermain kejar mengejar, sembunyi sembunyi. Petang ibu balik. Bapa singgah di kedai ambil barang. Kami balik mandi dan bersiap. Pasang lampu minyak gas. Lepas solat maghrib kami ke rumah guru Quran, mengaji. Ibu memasak dan mengemas. Bapa ke masjid. Kami balik dan makan malam dengan emak. Bapa bermesyuarat. Kami sudah tidur.

Rutin harian yang kami tempuhi lebih tiga tahun. Tahun 1960 hingga 1963. Itu yang saya ingat.

Kami hidup seperti keluarga besar. Tolong menolong. Berkasih sayang walaupun keadaan kebanyakkan keluarga belum stabil pendapatan mereka. Saya dari keluarga yang kurang berada. Sederhana. Tetapi apabila keluarga bertambah dan emak perlu bekerja lebih kuat. Selepas beberapa lama, emak mula sakit TB dan kemudian kanser, keadaan keluarga agak berubah.

Bapa perlu bekerja dan menjaga kami adik beradik. Suatu tanggungjawab yang besar tetapi bapa tidak pernah merungut walaupun kadang kala kenakalan saya menyebabkan bapa menjadi garang dan marah. Pernah saya dipukul kerana gara-gara terpengaruh dengan kenakalan abang-abang yang lebih besar.

Kisahnya saya cukup ingat sampai ke hari ini. Suatu malam saya mengikut Bang Chin, Chot dan rakan-rakan lain mengusik budak-budak mengaji Quran di rumah Mak Long Denah. Kami bakar sabut bersama cabai kering dan letakkan di bawah rumah mak Long ketika mak Long sedang mengajar anak-anak mengaji Quran. Habis sebuah rumah berasap dan bersin kerana bau cabai kering.

Balasannya esok saya dikejar bapa dan dirotan. Say serik untuk kali itu dan mengaku tidak akan buat lagi perangai begitu. Tetapi saya lupa. Beberapa bulan selepas itu sekali lagi bapa mengamuk kerana saya bersikap sambil lewa sehingga terlupa pesanan bapa. Dia marah dan malam itu saya hampir-hampir bermalam di hutan buluh belakang rumah.

Saya anak yang cacat. Leher saya sejak kecil sennget ke kiri. Kawan-kawan dan orang kampung memanggil saya Hassan teleing ( Chan senget). Saya merasa sangat rendah diri. Setiap kali melihat dicermin, saya akan cuba membetulkan leher saya tetapi tidak lama, kemudian saya kembali seperti diri saya sebenar.

Kata ibu saya, semasa dia melahirkan saya, leher saya normal. Semasa kecil, emak sering ke sawah bekerja sementara bapa pula bekerja sebagai home guard dan selalu keluar berkawal di luar. Jadi datuk saya Arwah Haji Din Hj Jaafar yang mengasuh dan menjaga saya. Tok Wan saya tidak pandai mendukung sebaliknya hanya mengepit saya di bawah ketiaknya setiap kali dia hendak ke mana-mana. Leher saya akan menurut arah di mana dia mengepitnya. Lama-lama kelamaan urat menjadi tegang dan menjdi kebiasaan kepada saya.

Apabila meningkat besar, walaupun emak berusaha mengurut, leher saya tetapi begitu juga. Jadilah ia seperti mana saya sekarang. Berjalan dengan leher senget ke sebelah kiri.
Sakit?
Tidak.
Perasaan?
Dahulu memang saya marah dan geram apabila orang panggil dengan gelaran yang menghina saya. Kadang kala saya menangis seorang diri. Kadang kala saya memberontak dan berang. Perasaan saya tertekan.

Saya melalui zaman kanak-kanak di sekolah Kebangsaan Guar Napai seperti kanak-kanak lain walaupun saya ada sedikit kecacatan. Saya boleh bermain bolasepak, sepaktakraw dan bersukan seperti kanak-kanak lain. Namun kecacatan itu menyebabkan rasa rendah diri yang mendalam sehingga kadang kal memberi kesan kepada pergaulan saya. Kadang kala saya menangis dan arwah emak saya akan berkata kepada saya `Jangan susah hati, can anak istimewa, kalau can berjalan mana-mana orang kenal. Orang nak kata sekejap saja, biar pi kat depa. Lama-lama orang dah jadi biasa. Yang penting kita buat perkara baik. Nanti semua orang suka.’Pujukan emak membuat saya merasa lebih lega.

Di sekolah rendah, pelajaran saya hanya sederhana walaupun pada darjah lima dan enam agak meningkat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Saya memang kuat bermain tetapi ada sedikit sifat tanggungjawab apabila sudah mempunyai adik-adik. Saya mula sedar mengenai tanggungjawab dan bebanan yang perlu dipikul oleh ibubapa saya. Saya mula belajar berdikari dan berusaha membantu emak dan bapa saya bekerja di kebun.

Sejak berumur sebelas tahun, saya sudah boleh menoreh getah. Kalau hari-hari tidak sekolah, saya akan mengikut emak ke kebun seawal jam enam pagi sebaik saja selesai solat subuh. Sebelah petang membantu bapa di dusun dan melakukan apa saja kerja untuk mencari sedikit pendapatan.

Apabila ke sekolah saya mengambil upah menjaga kantin. Cikgu Rahmah dan cikgu Hassan, dua orang guru yang saya anggap seperti kakak dan abang yang cukup penyayang. Bila jaga kantin dapat upah dan dapat makan percuma waktu rehat. Sekurang-kurangnya saya tak perlu keluarkan duit belanja. Emak saya buat kueh untuk diletakkan di kantin. Saya masih ingat kadang kala tak habis dan saya makan dengan adik-adik di rumah.

Kehidupan tidak susah sangat tetapi tidaklah sesenang seperti keluarga yang ahli keluarga yang tidak ramai seperti Jamil dan Ariffin, dua orang kawan saya yang sangat intim. Jamil kekal sebagai guru dan Ariffin aktif di dalam perjuangan parti PAS dan tinggal di Muassasah PAS Pokok Sena.

Saya tidak berjaya mendapat kelulusan yang baik untuk melayakkan saya masuk ke sekolah berasrama penuh seperti Bang Om ( Baharom Othman) yang menjadi idola kami ketika itu kerana dia berjaya memasuki STAR Ipoh. Bahkan saya sendiri menyimpan cita-cita untuk bekerja keras dan mengikut jejak Bang Om belajar di STAR, Ipoh. Tapi saya tidak berjaya.

Saya akan menyambungkan pelajaran di sekolah Menengah Jitra 2 seperti kanak-kanak lain. Bang Om bertuah kerana dapat peluang ke sana. Penduduk kampung membuat rombongan menghantar beliau ke STAR, Ipoh. Saya kagum dengan dirinya dan sering kalau dia balik bercuti, saya curi-curi melihat buku-bukunya yang tebal-tebal. Buku tulisnya pula bersih dan selalu dapat A.

Saya belum pandai membuat pemilihan ketika hendak masuk ke sekolah menengah. Bapa saya mencadangkan saya masuk ke kelas bahasa Inggeris bersama dengan Ariifin. Sementara kawan-kawan lain seperti Jamil masuk ke kelas bahasa Melayu. Bila orang tanya kepada bapa saya mengapa hantar anak ke kelas bahasa Inggeris, bapa hanya menjawab sekurang-kurangnya kalau nanti ada orang putih masuk ke Guar Napai, ada orang yang tahu cakap Inggeris. Saya mengikut walaupun saya cukup lemah di dalam bahasa Inggeris.

Saya masuk kelas peralihan bahasa Inggeris selama setahun dan ditempatkan dengan anak-anak China yang sudah pandai berbahasa Inggeris. Saya hampir putus asa. Saya rasa saya tidak boleh lakukannya. Memang pun sehingga hari ini walaupun boleh berbahasa Inggeris tetapi saya gagal di dalam bahasa Inggeris peringkat MCE. Tetapi ketika itu bapa terus memberi semangat dan kemudian membuat keputusan memasukkan saya ke asrama. Suatu tindakan untuk memasyarakatkan saya dengan kanak-kanak berpendidikan.

Mulalah tahun-tahun berdikari di asrama. Saya tidak pasti di mana bermulaanya bakat menulis pada diri saya. Saya bukan orang yang rajin membaca. Tetapi mungkin ada sesuatu yang membuat saya jadi berani menulis. Apabila saya tertekan terutama apabila saya rendah diri ( kalau di kampung kerana kecacatan tetapi di asrama terasa kekurangan serba serba berbanding dengan kawan-kawan di asrama), saya selalu luahkan di atas kertas. Saya catat apa saja yang terlintas di fikiran.

Saya akui kehidupan di asrama banyak mencorakkan masa depan saya. Saya belajar untuk menjadi pelajar yang baik. Saya belajar banyak perkara dari Arwah cikgu Mohammad Mydin. Saya belajar untuk berdikari daripada kawan-kawan seperti cikgu Zainol dan cikgu Hj. Zawawi yang masing-masing mempunyai karektor tersendiri. Saya berkawan dengan rakan-rakan senior yang agak berada seperti cikgu Atan, YB Datuk Johari Baharom dan arwah Kapten Radzi…… Saya mula faham dan bekerja lebih kuat.

Guar Napai saya tinggalkan seketika. Sesekali emak akan datang menghantar wang di asrama. Saya menjadi harapan keluarga terutama model kepada adik-adik yang sedang belajar di sekolah rendah. Balik waktu cuti, saya kena bekerja keras membantu emak dan bapa di kebun. Tanggungjawab saya semakin besar. Guar Napai tetap dihati walaupun saya tinggal di asrama.

Saya tidak mendapat kelulusan yang baik tetapi bernasib baik untuk dipilih memasuki kelas Sains Tulin di STAR Mergong. Cita-cita untuk masuk ke STAR terkabul juga walaupun STAR mergong bukan STAR Ipoh.

Dari kanak-kanak biasa saya perlu belajar kelas sains, sesuatu yang cukup berat kepada saya. Bersama saya berhijrah ke STAR mergong memasuki kelas khas itu ialah Mustaffa Kamal, Aman Khan dan Zawawi Dogoi. Kesemua kami menjadi guru. Mustaffa mengajar di Kulim. Saya tidak pernah berjumpa dengannya sejak lebih 20 tahun. Aman Khan bertugas jabatan pendidikan Kedah, Naib ketua UMNO Kubang Pasu. Zawawi juga seorang guru dan bertugas di PPD Kubang Pasu.

Hidup ini penuh dengan kejutan. Saya dan kawan-kawan belajar di STAR tetapi tinggal di asrama Kolej Sultan Abdul Hamid. Sekaligus menjadikan kami berada di dalam dua alam. Di sekolah mengikut peraturan STAR dan bila balik ke asrama kena ikut peraturan kolej. Saya beruntung. Saya dapat kawan-kawan baru di sekolah terbaik di Kedah ini.



MCE saya kurang baik dan melayakkan saya memasuki tingkatan enam. Tetapi saya hanya sempat belajar tiga minggu dan memohon menjadi guru sementara. Permohonan diterima dan saya dihantar mengajar di Sekolah Air Hitam. Mulalah kehidupan saya sebagai seorang guru matematik..!

Enam bulan di situ dan tahun berikutnya saya berpindah ke Sekolah Menengah Al-Bukhari, Alor Setar. Saya sempat mengajar enam bulan sebelum diterima masuk ke Maktab perguruan Persekutuan Pulau Pinang di dalam bidang matematik.

Selesai di maktab, saya mengajar di Sek. Men. Putra, kangar, perlis. Selama lima tahun mengajar di sana tetapi saya tidak mengajar matematik sebaliknya geografi..! Namun saya bertuah kerana di Perlis saya bertemu dan mengajar bersama cikgu Rejab F.I. Dialah yang mengesan bakat menulis dalam diri saya. Dia memberi galakan supaya saya menulis. Pada tahun 1979, cerpen pertama saya terbit dalam Mingguan Timur. Saya begitu suka dan bawa dan tunjukkan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan. Saya baca berulang kali dan seperti tidak percaya. Selepas lima tahun dan mengambil STP, saya menyambungkan pelajaran ke UPM dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Saya tinggalkan dunia persekolahan seketika dan berkenalan dengan dunia universiti yang lebih terbuka. Di sinilah saya bersua muka dengan penulis-penulis hebat yang saya kagumi seperti Arifin said dan Dzulkarnain Ithnin. Sebenarnya kalau hendak dikira adik saya ciksu lebih dahulu menulis daripada saya. Cerpennya banyak terbit di radio kedah. Begitu juga dengan kak pupu saya Wan Halimah Ku Ibrahim yang sering menggunakan nama pena WANHA apabila menulis drama radio dan sering ceritanya disiarkan oleh radio satu.

Mungkin itulah sedikit gambaran latar belakang bagaimana saya boleh berada di dunia saya sekarang sebagai pengamal media, pengarah, penerbit dan juga penulis. Saya yakin kejayaan yang saya capai adalah hasil doa ibubapa saya. Mereka yakin suatu hari kecacatan yang dahulunya menjadi racun kepada saya tetapi kini menjadi madu yang cukup bermakna kepada saya. Kecacatan bukan kehinaan tetapi penghormatan kepada saya.

Sejak mula menulis pada tahun 1979 hingga sekarang, saya sudah menulis lebih 27 buah karya sastera kanak-kanak dan remaja, lebih 40 buah cerpen dan memenangi 12 buah hadiah sayembara pelbagai peringkat termasuk hadiah tertinggi sastera negara apabila novel Julia dianugerahkan hadiah sastera perdana pada tahun 1999.

Sebagai pengamal media, saya tidak berhenti di situ kerana cita-cita untuk berdakwah melalui media perlu diteruskan. Pada tahun 1995, saya mengambil keputusan menyambungkan pendidikan di peringkat sastera media di Universiti Malaya. Sejak itu saya mula terlibat dalam perniagaan media melalui syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd. , Anugerah media Network dan Layar Consut Sdn. Bhd.

Saya menjalankan amanah sebagai pengarah Urusan di syarikat-syarikat ini yang terlibat di dalam perniagaan One Stop Media Centre. Kami menerbitkan majalah ANIS, ASUH dan ASUH KIDS. Pada masa yang sama menerbitkan siri dokumentari Islam dan drama. Pada tahun 2001 kami berjaya menerbitkan drama bersiri Julia sebanyak 6 episod untuk ASTRO. Sejak itu saya terus mendapat kepercayaan RTM dan ASTRO untuk menerbitkan pelbagai rancangan TV.

Julia sebuah kisah masyarakat kelas menengah yang sangat berkesan terutama apabila dia. perlu berhadapan dengan ujian kehilangan kedua ibu sekali apabila mereka terlibat di dalam kemalangan jalanaya. Dia dihantar belajar agama di Perth, Australia, suatu pendekatan yang jarang dilakukan oleh orang Islam. Ketika menguruskan syarikatnya Julia menggunakan pendekatan kepimpinan melalui teladan. Dan ketika syarikatnya berhadapan dengan cabaran globalisasi, Julia membuka homestay di kampung arwah bapanya Felda Guar Napai.

Felda Guar Napai muncul dalam skrip novel dan kemudiannya menjadi lokasi penggambaran drama bersiri ini. Selama dua minggu krew dan pelakon berkampung di Guar Napai bagi menjayakan drama bersiri terbitan anak tempatan. Pertama kali watak-watak berbakat penduduk Guar Napai kembali memainkan peranan.

Di dalam ceramah-ceramah, pelajar selalu bertanya mengapa Julia memilih Guar Napai? Ya mungkin juga kerana pengarangnya dari Guar Napai tetapi yang lebih penting bagi saya ialah elemen penghijrahan yang melatari kampung seperti Guar Napai. Untuk berjaya orang Melayu beragama Islam perlu berhijrah. Umat yang berhijrah membina kekuatan tersendiri. Rasulullah SAW mengajar kita supaya berhijrah. Ketika tiba di Madinah, umat Islam hanya ada Allah dan RasulNya tetapi selepas sepuluh tahun, Rasulullah SAW berjaya menukar Madinah menjadi negara Islam pertama dalam sejarah tamadun manusia. Bukan itu sahaja Madinah terus unggul dan berkembang sehingga ke hari ini. Inilah kekuatan hijrah.

Negara Amerika tidak ujud di dalam peta dunia yang dilukis oleh Al_Idrisi pada tahun 1102 tetapi selepas berlakunya penghijrahan orang Eropah ke benuaAmerika, akhirnya pada abad 21, Amerika menjadi kuasa besar dunia. Bacalah sejarah, bukalah lipatan sejarah, kebanyakkan bangsa di dunia yang berhijrah akan merintis kejayaan tersendiri. Orang Cina di Malaysia berjaya kerana penghijrahan mereka dari tanah besar China. Orang India di Manchester, Birmingham atau di Dubai, berjaya menjadi ahli perniagaan yang hebat-hebat kerana penghijrahan zaman berzaman.

Inilah Guar Napai di dalam novel Julia. Guar Napai yang dibangunkan oleh penduduk Melayu yang berhijrah dari kampung-kampung tradisi sekitarnya ke satu masyarakat tersendiri di tengah rimba. Mereka datang dengan semangat yang tinggi untuk mencipta kejayaan. Hari ini Guar Napai walaupun tidak terbilang tetapi cemerlang berbanding dengan kampung-kampung yang lain.

Julia adalah antara fantasi dan realiti yang hendak saya sampaikan kepada para pembaca terutama para pelajar yang perlu membaca novel ini. Sejak 2001 sehingga 2008 novel kecil ini akan menjadi bahan bacaan wajib pelajar tingkatan 5 zon 1- Kedah, Pulau Pinang dan Perak kerana novel ini dipilih sebagai buku teks KOMSAS tingkatan 5.

Saya bermula dengan novel Pagi Yang Cerah terbitan Marwilis Publications pada 1989 dan diikuti dengan novel Sabarlah Sayang terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun berikutnya. Pendekatan saya mudah. Hebahkan yang baik kepada manusia. Setiap penulisan saya walaupun novel kanak-kanak, saya mahukan nilai-nilai positif, akhlak Islamiah dipancarkan secara tidak sedar kepada para pembaca. Bacalah novel-novel lain seperti Cucu Tuk Wali (DBP:...), Farhana ( DBP:…) atau Menitip Kasih (DBP: ) dan novel-novel yang lain, semuanya akan bercerita mengenai realiti yang perlu kita hadapi.

Selain nilai, saya mementingkan ilmu. Saya mahu selain membaca karya kreatif, para pembaca juga akan dapat maklumat baru mengenai latar di mana berlakunya peristiwa berkenaan. Saya menggunakan pendekatan travelodge dalam novel-novel mutakhir saya seperti Natasya ( UPD: ….. ) yang berlatar belakangkan Bosnia Herzegovina, Julia di perth, Australia, Cinta Madinah di Madinah dan Makkah.dan Janji Suu Phia di Yangon, Myanmar.

Saya bersyukur penglibatan saya sebagai pengamal media telah membawa saya merantau ke banyak negara melihat sendiri budaya dan suasana masyarakat di negara berkenaan. Saya yakin ini semua doa ibubapa saya membolehkan saya terbang jauh dari Guar Napai untuk menyaksikan kejadian alam ciptakan Allah dengan segala keindahan, keunikan dan pelbagai ragam hidup antara kufur dan patuh.

Saya telah curahkan pengalaman ini di dalam siri-siri dokumentari Islam seperti Salam Nusantara, Salam Timur Tengah, Lambaian Kaabah dan Salam OIC. Selepas drama Islam Julia, saya diberi kepercayaan mengarah dan menerbitkan telemovie Sayangku Puteri dan Dosa Kamelia. Saya tidak lupa juga mengangkat mesej Islam di dalam Cinta Sempadan dan Nur Kasih dan pada tahun 2005 saya menerbitkan drama bersiri Cinta Madinah untuk RTM.

Menunaikan haji. Suatu cita-cita yang sentiasa menyala dalam diri. Apatah lain pada usia 40an tentulah inilah yang menjadi idaman saya dan isteri saya Hamidah Haji Tahir.

Namun dengan tanggungan yang ramai dan kedudukan kewangan syarikat yang belum stabil, saya tidak pasti bila dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000.00 bagi membolehkan kami berangkat ke tanah suci. Tiada di duga pada tahun 2001, Allah membuka laluan apabila permohonan syarikat untuk membuat penggambaran di tanah suci di terima oleh kerajaan Arab Saudi. Saya, isteri dan tiga orang krew lain berangkat menjadi tetamu Allah dan diberi penghormatan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Kini kecacatan sebagai insan yang senget tidak sesekali menghadkan pergerakan global saya. Kadang kala saya lupa mengenai keadaan diri saya sehingga apabila saya bertembung dengan cermin, baru saya sedar beginilah keadaan diri saya. Entah apa orang lain akan kata tetapi tuah si budak teleng ini tiada siapa yang menjangka. Saya sendiri kadang kala malu pada diri sendiri atas kurniaan Tuhan kepada saya. Dalam kesempitan hidup, bersusah mencari duit belanja sekolah, berhutang sana sini nak bayar yuran sekolah, bertukar kasut setahun sekali dan hanya mampu mengayuh basikal dari Guar Napai ke Alor Setar pada hujung bulan semata-mata hendak belajar, Tuhan memberikan kemudahan dan kesenangan yang begitu banyak ketika saya saya bekerja untuk membesarkan agamanya.

Saya mula keluar negara pada umur 15 tahun mengikut cikgu Aman Khan menziarahi abang iparnya di Naratiwat, Thailand. Tetapi kemudahan keluar negara ini bermula secara konsisten pada tahun 1996 apabila mengikuti rombongan media bersama Menteri Pertahanan ke Bosnia Herzogovina menggunakan pernerbangan C 130 yang perlu singgah beberapa negara. Pertamanya singgah di Pulau Maldive, kemudian singgah di Dubai dan kemudian bermalam di Aman, Jordan. Keesokkanya terbang ke Croatia sebelum masuk ke Livno, Bosnia Herzogovina.

Sejak itu, setiap tahun Allah membuka ruang kepada saya dan syarikat untuk meneroka perkara baru di luar negara. Kalau TV 3 memulakan siri Jejak Rasul, kami berbangga dengan siri Salam Nusantara, Salam Timur Tengah, Semarak bahasa dan Salam OIC. Melalui Salam Nusantara saya menjelajah ke Kemboja, Vietnam, Thailand, Myanmar, Brunei, Indonesia dan Brunei. Salam Timur Tengah pula membawa saya ke Arab Saudi dan Mesir. Semarak Bahasa pula membawa saya ke Pulau Kokos dan Pulau Krismas di lautan Hindi kemudian ke benua Australia. Salam OIC pula membolehkan saya menjelajah ke Bangladesh, Emirates dan Iran. Setiap kali keluara negara, saya perlu berada di sana antara dua minggu sehingga 2 bulan.

Anak-anak sudah mula memahami tugas abah mereka. Mereka membesarkan lebih banyak masa bersama isteri saya Hamidah Hj. Tahir dan datuk mereka Haji Tahir Osman dan nenek mereka Hjh. Piah Ismail. Saya yang sering kerinduan berjauhan dengan mereka, namun kemudahan ICT membolehkan saya berhubung melalui telefon dan E-mail sepanjang masa dengan mereka.

Saya yakin ini adalah doa ibu saya Yah Hj. Din dan bapa saya Morad Awang yang sentiasa tenang apabila saya memberitahunya mengenai tugas saya di luar negara. Dan apabila balik dia akan bertanya lagi; lepas ni nak pi mana pula? Saya jadi kelu dan hanya berkata insyaAllah belum tahu lagi.

Saya bukan orang bandar. Saya tidak boleh berjauhan dengan suasana kampung. Saya tidak boleh berpisah dengan bendang, pokok getah, durian, cempedak dan suasana bukit bukau, bunyi cengkerik dan malam gelap seperti yang terdapat di desa, jauh daripada bandar. Saya merasa sangat rindu kalau berada begitu lama di bandar. Apatah lagi apabila masa menulisSaya bukan orang bandar. Saya tidak boleh berjauhan dengan suasana kampung. Saya tidak boleh berpisah dengan bendang, pokok getah, durian, cempedak dan suasana bukit bukau, bunyi cengkerik dan malam gelap seperti yang terdapat di desa, jauh daripada bandar. Saya merasa sangat rindu kalau berada begitu lama di bandar. Apatah lagi apabila masa menulis, saya mahu sentiasa dekat dengan suasana-suasana yang mula hilang dari dunia kehidupan moden hari ini.

Pada tahun….. saya dan isteri mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di kampung. Selain dunia kekampungan saya, saya rasa inilah masa anak dan isteri saya memberi masa yang lebih kepada keluarga di kampung terutama kepada bapa saya Hj. Morad dan bapa mertua Hj Tahir dan emak mertua Hjh. Piah Ismail. Mereka pulang dan tinggal di rumah mertua saya di Kg Gajah Puteh sementara menunggu rumah saya siap dibina. Saya sendiri berulang alik setiap minggu ke kampung. Bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Kampung Gajah Puteh.

Pada mulanya ramai yang menganggap ia sesuatu yang pelik. Tetapi hakikatnya bukan saya seorang yang menjalani rutin begitu, sebaliknya ramai yang berbuat begitu. Ada yang berulang alik kerana isteri tidak dapat berpindah, ibubapa uzur dan sebagainya. Hakikatnya mereka juga seperti saya, menglobalkan kehidupan di kampung dan bandar.

Anak saya Ummu Hani, lulusan Universiti Malaya nampaknya mengikut jejak langkah saya, bahkan lebih awal mencipta nama sebagai penulis apabila sejak berumur20 tahun lagi, cerpennya sudah disiarkan di akhbar harian selain di Dewan Sastera, Dewan Siswa dan majalah-majalah lain. Bahkan dia beruntung kerana mendapat bimbingan penulisan apabila mengikuti minggu penulis remaja DBP berbanding dengan saya yang tidak mempunyai asas pengetahuan di dalam penulisan dan tidak pernah mengikuti sebarang kursus penulisan sehinggalah saya masuk ke universiti.

Anak-anak saya Hasna Khairiyah dan Abu Hanifah nampaknya mula mendalami ilmu media apabila memasuki kolej Islam darul Ehsan di dalam bidang pengajian media seperti bapanya juga. Mereka saya harap dapat meneruskan kecemerlangan pengurusan media sekurang-kurangnya bekerja dengan syarikat Galeri Ilmu pada masa hadapan.

Suatu ketika ketika heboh isu sekolah agama rakyat, wartawan The STAR …… telah menembual saya dan bertanya mengapa saya menghantar anak-anak saya ke sekolah agama? Bagaimana masa depan mereka?

Tanggapan yang sempit terhadap sekolah agama perlu diperbetulkan. Mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang cukup adalah perkara yang wajib sebelum kanak-kanak itu dilepas bergelumang dengan masyarakat pelbagai perangai pada hari ini. Mereka perlu dipersiapkan dengan ilmu fardhu ain yang secukupnya sebagai benteng berhadapan dengan gejala syirik dalam masyarakat hari ini.

Saya perlu melakukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak saya. Anak-anak saya belajar di sekolah rendah biasa sebelum menyambungkan pelajaran di sekolah menengah agama. Bagi saya lulus atau gagal adalah perkara kedua tetapi yang pokoknya dia tahu siapa Tuhannya dan siapa tuan mereka. Dengan erti kata yang lain, mereka wajib solat apabila tiba waktunya dan amalan ini berterusan di dalam hidup mereka. Prinsip saya jika terbiasa bersolat sejak kecil maka mudahlah apabila mereka sudah dewasa.

Islam agama praktikal dan mudah. Membesarkan Allah Taala melalui solat mengingatkan mengenai betapa kerdilnya diri kita. Sebesar mana pun kejayaan kita, Allahlah yang Maha hebat dan menganugerahkan kejayaan kepada kita.
Suatu ketika saya mengarah drama di sebuah kampung yang sering digunakan sebagai lokasi penerbitan drama di tanahair kita. Seperti biasa di dalam mana-mana produksi yang saya terlibat sebagai penerbit atau pengarah, bersolat jemaah merupakan sebahagian daripada kebiasaan dan kewajipan yang menjadi amalan kami sepejabat. Namun bagi orang kampung kata mereka inilah kali pertama mereka melihat krew, pelakon dan pengarah menunaikan solat secara berjemaah di tempat mereka.

Inilah persepsi dunia hiburan di mata masyarakat. Sebagai pengamal dan penggerak media Islam, kami cuba praktiskan budaya Islam di dalam kerjaya harian dan bukan sekadar retorik yang tidak berpijak di bumi nyata. Bercakap hebat di dalam drama tetapi di luar kita `berdrama’ dengan diri dan agama kita. Sesuatu yang memalukan dan berdosa.

Ketika menyiapkan penulisan ini, saya sedang bersiap-siap untuk memulakan penggambaran drama bersiri CINTA MADINAH adaptasi daripada novel saya Cinta Madinah yang memenangi hadiah karya sastera Utusan pada tahun 2000. Saya berdoa mudah-mudahan cinta Madinah dapat memberi pengajaran dan pendidikan kepada para penonton mengenai hakikat cinta yang sebenar.








.

KONGSI ILMU

Turki adalah sebuah negara besar dan penting di tenggara Eropa dan barat laut Asia. Sebagian besar wilayahnya berada di Semenanjung Anatolia dan hanya 3% yang terletak di tenggara Eropa. Turki berbatasan dengan Bulgaria dan Yunani di barat, Georgia, Armenia, Azerbaijan, dan Iran di timur, dan Irak dan Suriah di selatan. Sampai 1922, negara ini merupakan pusat dari Kekaisaran Ottoman.
Ibukotanya berada di Ankara namun kota terpenting dan terbesar adalah Istanbul.
Republik Turki Berdiri
29 Oktober 1923, berdirilah pemerintahan Republik Turki dengan presiden pertamanya Musthafa Kamal Pasha yang lebih terkenal dengan Attaturk. Turki adalah pewaris imperium Ottoman, yang setelah berdiri selama 623 tahun terpecah-pecah wilayahnya akibat kekalahan yang dialaminya dalam Perang Dunia Pertama. Attaturk menjadi Presiden Turki selama 15 tahun dan memimpin secara diktator. Dia juga selalu berusaha untuk menghapuskan nilai dan kebudayaan Islam di Turki serta menyebarluaskan kebudayaan Barat. Setelah kematian Attaturk pada tahun 1938, politik anti-Islam ini terus berlangsung di Turki. Pada tahun 1945 secara bertahap sistem demokrasi multipartai mulai berkembang di Turki. namun, militer yang mendukung pemerintahan liberal, tetap mengontrol politik dalam dan luar negeri Turki.
Meskipun pemerintahan liberal Turki terus berusaha menekan gerakan Islam, namun kebangkitan Islam di tengah rakyat Turki tetap berkembang pesat.
Turki terletak di barat laut Timur Tengah dan berbatasan dengan benua Eropa. Luas wilayah negara ini 780 ribu kilometer persegi dan memiliki penduduk lebih dari 60 juta orang.



Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.
Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah belaiu mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluan kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memeujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memeasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.
Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalahadalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.
Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.
Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Tuesday, May 22, 2007

Minggu-minggu bersama ahli sastera

Sdra Rahmat Haroun (yang berambut unik tu), Kak Rai dan Ali Atan. Saya perlu banyakkkkk belajar pengucapan awam.
ALHAMDULILLAH. BULAN MEI INI REZEKI SAYA BERJUMPA DENGAN PENULIS2 BIJAKSANA :)


Merisik tanda tangan dari FT buat sahabat di Syria. SebelahnyaDr Anwar Ridhwan sempat bertanya saya "Macam mana tugasan kamu?" merujuk hasil bengkel novel DBP di Langkawi tahun lepas. Saya senyum malu (sebab tak siap!)



Penulis muda yang bercita-cita menjadi jutawan, saudara Nimoiz TY (berbaju merah).





Ramlee Awang Mursyid (dua dari kanan) sibuk promo novel-novelnya. Tapi nampaknya Dr Ju dan Shaq yang terlebih 'bergaya.'








Bersama penulis dan juga artis yang murah rezekinya, adik Diana Naim. Tak sangka pensyarah saya (Puan Raudah- kanan) pun minat si Diana juga..hehe.









Ghafirah Idris (tengah) cerpenis muda yang sedang meningkat naik, menyemarakkan lagi nafas Islam dalam dunia sastera. Dr Ju (kanan) senyum lebar.











Teman saya ini (Ida Munira) seorang yang bersungguh-sungguh dalam penulisan. Dia sudah menulis lebih daripada 3 novel termasuk sebuah novel remaja yang diterbitkan Karangkraf Sdn. Bhd. Saya sungguh cemburukan kamu Ida!





Pak Latip (pengarang kisah-kisah pahlawan Islam PTS). Tersenyum Pak Latip kerana buku-buku karangan beliau 'sold out' di PWTC.




Soo Cham (tengah), pengarang Cina Muslim telah menghasilkan novel 'Air Mata Ibu' selepas mengikuti bengkel penulisan dengan Puan Zaharah Nawawi. Soo Cham diapit Cik Faez dan Cik Ummu.






Ketawa Pak Samad diselaputi janggut dan rambut putihnya. Di tangan beliau novel 'Ladang Hati Mustika.'













































Wednesday, May 16, 2007

Sastera Islam Dalam Kolum Penulisan Dakwah

Perbincangan tentang sastera Islam di Malaysia mula bergaung sekitar 1970-an apabila Shahnon Ahmad mempersoalkan tentang tema perjuangan ASAS 50 iaitu 'seni untuk masyarakat' dan 'seni untuk seni'. Beliau lebih ideal dengan konsep 'seni untuk Allah' dan 'berhikmah kepada manusia.' Gagasan ini mendapat perhatian ramai termasuk Kasim Ahmad, yang juga seorang tokoh sastera tanah air. Ketika itu, polemik tentang sastera Islam bertiup sekencang penubuhan aliran-aliran dakwah seperti ABIM, Al-Arqam, PAS, Perkim, Gapim dan orang-orang perseorangan. Namun, konsep sastera Islam masih belum mencapai garis panduan yang jelas dan mantap.

Walaubagaimanapun, terdapat sarjana-sarjana Melayu yang mula membuka mata mendasari sastera Islam sebaiknya. Mana Sikana, antara pelopor awal yang menghasilkan wacana sastera Islam. Buku beliau, Sastera Junjungan telah memperlihatkan sastera Islam sebagai alat pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak Islam. Menurutnya, Islamlah yang menambah dan memperkasakan kesusasteraan di alam Melayu. Keindahan Islam dan keagungan al-Quran telah membentuk kesusasteraan Islam menjadi aliran sastera terbaik dan tidak boleh ditandingi aliran sastera lain. Mana Sikana turut menyarankan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar menjadi pusat pengembangan sastera Islam sedunia.

Gagasan 'seni untuk Allah' yang dipelopori Shahnon Ahmad, mendorong ramai sarjana lain mendalami sastera Islam secara akademik sehingga timbul seruan agar penulis berkarya dengan nafas Islam serta menilainya dengan pandangan Islam. Pada tahun 1986, Mana Sikana menghasilkan teori sastera Islam Pengabdiaan atau Taabudiyah. Kemudian muncul pula teori Takmilah yang dikemukan oleh Shafie Abu Bakar dan Teori Pemikiran Islam oleh Yusof Hasan.

Sastera Islam terangkum dalam penulisan dakwah kerana misinya jelas sama iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru, tugas ini bukan terpikul di bahu penulis semata-mata bahkan ia adalah tanggungjawab semua muslim untuk membawa masyarakat kembali kepada matlamat dakwah (ISLAM).
Sastera Islam Sastera Dakwah II

Penulisan sastera Islam adalah cabang penulisan dakwah kerana misinya sama iaitu mengajak kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran. Tugas dakwah bukanlah terpikul di pundak penulis semata tetapi menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk sama berusaha membawa masyarakat kepada ISLAM.

Oleh kerana sastera adalah medium yang cantik dan halus maka metodnya relevan mendepani zaman. Al-Quran misalnya menggunakan pendekatan sastera memujuk hati manusia kepada Allah. Kemantapan seni al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana agama dan bangsa sejak ia diturunkan. Penulis tertarik untuk berkongsi petikan ayat al-Quran berkaitan hubungan suami isteri. Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 223 bermaksud :
“Isteri-isteri kamu ibarat ladang tanaman maka datangilah tanah tempat bercucuk- tanamanmu seperti mana yang kamu kehendaki.”
Allah s.w.t menggunakan perkataan ‘ladang tanaman’ bagi menggambarkan peranan seorang isteri kepada suami. Bahkan dalam ayat ‘datangilah tanah tempat bercucuk tanamanmu’ sudah cukup bersopan untuk difahami manusia dengan fitrahnya. Ladang tanaman mencirikan sifat subur, indah dan lapang pada seorang wanita yang bertugas sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini, masyarakat Muslim berhadapan dengan cabaran sengit daripada pihak musuh dari pelbagai penjuru. Justeru, persiapan sastera Islam perlu ditampilkan secara agresif, analitikal dan berterusan khususnya terhadap para remaja yang berpendidikan moden pada hari ini. Mereka mahukan Islam itu ditonjolkan sebagai agama yang ideal, saintifik, rasional, dan praktikal serta dapat dibanggakan.

Asas-asas membangunkan sastera dakwah dalam kolum ini berpaksikan pada tiga elemen utama iaitu penulis, karya dan pembaca.

PENULIS
Beliau bertindak sebagai da’ie yang memimpin masyarakt (pembaca) kembali mendasari matlamat (ISLAM) dengan pembacaan yang membangunkan minda serta mengukuhkan sahsiah (akidah).
(Bersambung)

Sastera Islam Dalam Kolum Penulisan Dakwah


Alhamdulillah. Terima kasih teman-teman, menjadi inspirasi buat saya berkarya. Namun sebenarnya, penghargaan lebih besar kutujukan kepada ALLAH dan RASUL, ibubapa dan guru-guruku. Memang tidak mudah tanpa pimpinan Allah dari bekal-bekal tinggalan Rasulullah s.a.w yang disampai ibubapa dan guru-guru kepadaku. Semuanya makin berhasil dalam hidup yang masih muda belia ini. Moga di perjalanan yang bakal diteruskan ini masih dalam pimpinan ar-Rahman.

LADANG HATI MUSTIKA

ini impian yang terlaksana di pena

belum lagi menjadi titik noktah pada diri

Ladang masih luas terbentang

tunggu ruang menyabit masa dan ruang

Dalam hati

mengulum gula-gula sabar

jangan enggan toleh ke belakang

kerana

walau ada pahitnya

itu kehidupan lalu

yang boleh dimuliakan di kemudian ini

senyum terus cik ummu ya.


Catatan seorang yang belajar

Saat ini, wujud segelintir masyarakat yang memperjuangkan sastera sebagai pembebas ummah daripada kemelut hipokrasi pemerintah. Mereka gelar mereka sosialis. Mereka berasa merekalah pejuang kebenaran. Setiap ceruk yang dihuni, mereka laungkan suara kebebasan yang menuntut anjakan akal untuk menjadi umat bertamadun.

Namun, sayang sekali mereka tidak berpijak kepada dua sumber Tuhan iaitu al-Quran dan Sunnah. Malang lagi, mereka tidak pernah pun percaya (atau sengaja melumpuhkan fitrah rasa bertuhan dalam diri) bahawa keamanan, kebebasan, keadilan dan kesempurnaan yang dituntut itu hanyalah datang apabila manusia kembali kepada Allah dan rasulNya.

Mereka tidak percayakan Tuhan. Cukup akal yang memperjalankan diri dan prinsip mereka sebagai pejuang keadilan (kononnya).

Kepada mereka ini, tidakkah mereka mahu sekejap berhenti berlari (dibawa angin kepalsuan syaitan) dan mendongak sejenak ke langit lalu bertanya- apakah aku pernah meminta untuk dihidupkan sebagai manusia? Dan siapakah yang mencipta akan aku yang serba-serbi indah ini?

Jelasnya, manusia bahkan para makhluk yang lain tidak pernah menduga untuk menjadi sebahagian daripada isi bumi ini. Bahkan, apabila wujud sahaja di bumi (sebaik keluar dari perut ibu dan membuka mata) sudah tertanggunglah di atas pundak tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t.

Firman Allah Taala:
"Apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang Sebenarnya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Tuhan Arasy Yang Mulia."

Manusia dikurniakan akal fikiran bagi membezakannya dengan makhluk2 yang lain. Dengan kelebihan itu jelaslah bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh manusia adalah lebih besar daripada sekalian makhluk. Apakah tanggungjawab itu? Ia jelas dinyatakan oleh Allah s.w.t,
" Tidak aku ciptakan sekalian jin dan manusia kecuali untuk menyembah dan beribadah kepadaKu."

Syed Qutb dalam kitabnya Fi Zilal al-Quran menyebut bahawa matlamat manusia yang lurus adalah berlangsung di atas matlamat yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai Tuhan dan Pencipta alam ini. Matlamat itu diwahyukan kepada para rasul untuk disampaikan kepada manusia (al-Quran) agar ia menjadi peta panduan hidup di dunia yang membawa kepada kebahagiaan di akhirat (perkampungan abadi).

Firman Allah Taala:
"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan dari kalangan setiap umat itu seorang rasul, dan dia berkata kepada kaumnya: Hendaklah kamu semua menyembah Allah dan meninggalkan thagut (syaitan). Maka antara mereka ada yang menerima seruan itu (diberi hidayah) dan ada juga yang berhak ditimpa kesesatan (kerana keengganan mereka untuk beriman). Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan lihatlah kesudahan umat-umat terdahulu yang telah mendustakan rasul-rasul mereka."

Jelasnya, Allah menciptakan manusia dengan kelebihan akal fikiran. Allah telah menetapkan matlamat hidup manusia di dunia dan akhirat. Allah menurunkan wahyu yang disampaikan oleh para rasul agar menjadi panduan kita menjalani kehidupan di dunia menuju akhirat. Dan tugas manusia adalah menjadi hamba dan khalifah Allah bukan selainnya.

semua itu menjadi intipati hidup manusia secara fitrahnya. Mengapa kaum ini menolak sedangkan al-Quran sudah terang-terang memaklumkan kebenaran?

Kerana hati mereka sudah buta mengenal kebenaran. Mereka membaca al-Quran cuma untuk menyelewengkan ajaran Islam yang sebenar. Bagaimana mungkin akal yang cetek dapat memahami bahasa Allah tanpa keimanan dan jiwa yang luhur? sedangkan mereka telahpun dirasuk oleh fahaman yang jauh menyimpang daripada Islam.

Firman Allah Taala:
"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka memperdayakan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."

Dialog Pinggir Pena: Sastera Underground vs Sastera Islam
Tarikh: 19 Mei Hari: Sabtu
Jam: 10 pagi
Tempat: Rumah Pena, KL
Panel: Rahmat Harun
Ali Atan
Ummu Hani Abu Hassan
Moderator: Raihani Mohd Said

Seorang yang menyimpan impian seperti orang lain

My photo
Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang anak kepada ibubapanya yang sabar. seorang kakak kepada 10 adik yang kaletah dan comel-comel. Seorang yang selalu berusaha. Seorang yang pernah jatuh. Seorang yang ada baik dan buruk dan selalu memperbaiki dirinya dengan impian dan usaha. Seorang yang tahu dia seorang hamba dan khalifah. Bakal Mahasiswi Sarjana Universiti Malaya dalam bidang Strategi Dakwah dan media. Penulis dan penerbit yang baru2 belajar. hubunginya: Baitul Hasanah, Kampung Gajah Puteh, Padang Sira, 06100, Kodiang, Kedah. senyum_sokmo2@yahoo.com www.esasterawan.com (ummu hani) Mari tolong berikan hikmah ilmu kepada saya.