Wednesday, June 20, 2007

Catatan Minggu Yang Lepas

DIARI CIK UMMU 2007

Ayo. Sejujurnya aku menulis kisah ini lebih awal tetapi kerana ruwetku meredah jadual sibuk, maka tidak upayalah aku medahului perkara yang kedua atau ketiga penting berbanding yang pertama. Panasaran juga tanpa mencatat di sini. makanya, yang ketiga penting itu aku tulis juga. Jam sekarang di putaran enam petang. Aku mangsi atas tilam tanpa sebarang hiruk akhi akhawatku di luar kamar.

Ghizlan (gadis mesir), Zahra Kamilia (anak dr kamariah kamaruddin- bakal penulis hebat ni ikut jejak bondanya) dalam pelukan cik ummu

Tadi, baru saja mendapat smsnya Ghizlan. Who Ghizlan? Oya, dia teman baruku hampir dua minggu udah. Dia teman istimewa daripada teman-teman biasa. Istimewanya tidak sampai mengatasi keistimewaan teman-teman seharian yang lebih dahulu mengenal hati budi dan sabar melayani karenahku cumanya, Ghizlan ini tidaklah kutemui pada perempuan (teman-teman) di Malaysia ini kerana dia perempuan Mesir. Biar kuselitkan di sini perkara sampingan (kerana tulisanku, bebas aku berekspresi loh!) sejak membaca Ayat-Ayat Cinta (yang terbitnya sekitar 2004 tapi aku mula baca mei 2007. Kasihan betul aku) nyata kecintaan aku pada dua negara yang rapit dalam AAC juga memuncak kadang buat aku gila mahu jadi macam Nurul, atau dapat jadi sedikit keFahrian pun tak apa (kegilaan ini samalah seperti aku gilakan Kak Sal dalam TTD hingga lahirlah Ladang Hati Mustika. Aku doa semoga kegilaanku pada Nurul atau Fahri bolehlah aku lahirkan TULIP BAROMKHEH dengan baik. Amen)

(Inilah rupanya anak baru Kak Nisah Haron-Salsabila namanya)

Yang sebenarnya, sebaik AAC berserabut dan menggilai diriku, Kuasa Tuhan begitu Agung mempertemukan aku dengan manusia yang bisa membawa aku ke dunia lebih besar iaitu Ghizlan dari Mesir dan Pak Saifullah Skmalie dari Jakarta.

Wina dan Cik Faez bersama tauke Ujana Ilmu, Encik Nasir (suami Kak Nisah Haron)

Ghizlan. Simple saja pertemuan kami iaitu di suatu majlis walimah anak teman abah di Bangi. Ghizlan bersama supervisornya Datuk Mansor dan isterinya. Aku datang dengan abah dan Hamdi. Di majlis itu, kebetulannya Ghizlan menjamah selera di sisiku. Lalu, wujudlah lingkaran ukhwah kami. Sejak itu, aku telah muncul teman Malaysia pertamanya sehingga sekarang dia punyai ramai teman lagi dengan kehadiran teman-temanku yang lain seperti Dr Ju, Faez dan Wina. Ghizlan. Umurnya 25 tahun. Sudah tingkat sarjana di Kuliah American Univercity di Cairo. Sekarang sedang membikin tesis tentang hubungan negara2 Islam dengan Mesir. Dia jatuh cinta pada Malaysia (juga sedang mencari jejaka Malaya yang sudi) jadi datang seorang diri ke Kuala Lumpur dibiayai universitinya untuk mengumpul data khususnya di Universiti Malaya. Ghizlan anak jati Egpyt. Dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan. Dua adiknya juga masing2 calon B.A dan majester. Dia wanita muda, intelek dan terbuka malah islamis. Kerana bila aku tanya, inikah pakaianmu juga di Mesir, katanya, ya. Dia turut keharuan melihat muda-mudi globalisasi di Kuala Lumpur (yang udah jauh menyimpang) sama sahaja seperti di negaranya. Walaupun begitu, anak gadis Arab hidung mancung ini lebih gemar berbahasa Inggeris berbanding bahasa Arab. “Aku hanya pandai ammi, fushahnya kurang,” balasnya padaku. Tapi aku tetap degil bercakap Arab dengannya walaupun jawapan bibirnya dalam bahasa penjajah negaraku dulu, tak kisah.

Ghizlan gembira dengan teman2 baru Malaysia, Wina dan Faez. Di depan rumah Kak Nisah

Tentang Pak Saifullah kamalie. Ini pertemuan yang biasa terjadi di zaman IT dan tivi. Iaitu emel. Dia kenali aku sewaktu diwawancara di kantor Selamat Pagi Malaysia, sabtu lalu dalam ruangan resensi buku. Aku rasa tidak ramai yang tahu selain keluarga juga teman2 rapat. Cuma keluargaku di kampung telah heboh sekali aku di televisyen hingga makcik2 tua turut setia menantiku pagi itu. Nanti aku letakkan di sini rakaman yang dibuat teman2 Az-Zahra (yang ribut sekali hingga kak Jibah tak habis ngusik- artis baru..hehe) sejujurnya, aku malu kerana membuat beberapa kesilapan sewaktu ditemubual dua pengacara cantek.

Gembira ke Kuala Klawang

Terus saja tentang Pak Saifullah yang selesa dipanggil Pakcik Saiful. Dia calon Doktor (PHD) di UM. Tinggalnya di Kolej 12 UM bersama anaknya yang juga belajar di sana. Pagi sabtu itu, dia terlihat aku di tv bersama promo novelku. Dan kerana aku ini lulusan UM langsung gerakkan hatinya mendapatkan Ladang Hati Mustika di toko MPH MidValley. Katanya lagi, dia mengusaikan novelku begitu cepat malahnya teringin berkenalan dengan Nur Mustika. Aku tidak lebih daripada 50 peratus Nur Mustika. dia patut tahu sebelum jatuh hati berkenalan dengan watak tipa LHM. Rupanya dia juga kepingin tahu tentang watak2 yang lain (dihafal dengan baik Pak Saifullah) mahu tahu Faez, teman2 az-Zahra, disebutnya juga Hanif, Bayu Ilhami, Fuad juga Afaf. Hah! Paling lucu mahu dia kenal dan sunting Mama Am yang katanya tidak kahwin2 itu. Dia juga teringin bertandang kampung Gajah Puteh. Ayo! Tidak ada lagi respon pembaca yang begitu sungguh2 seperti Pak Saifullah. Tambahan dia orang ‘besar’. Lulusan Universiti al-Azhar, Indonesia kemudian master di Universiti Madinah kini penuntut doctor falsafah di UM. Umurnya hampir sebaya abah-48 tahun. Isterinya doctor gigi di Jakarta juga dua anaknya Ammar ,Afaf dan Huda. Dia tinggal hampir setahun belajar di UM tetapi bukan sekadar belajar kerana dia turut berperanan jalinkan hubungan akademik di antara pelajar2 Malaysia dengan Indonesia. Di Jakarta, dia punyai pasantren dan turut menjawat jawatan di Universiti di Indonesia. Aku paling haru bila dia mau jemput aku bertukar pandangan dengan pelajar2 agama di Indonesia. Mau sekali. Mau sekali!

Novel FT baru yang dibeli Faez kat Ujana Ilmu

Nanti aku akan jumpakan Pak Saifullah dengan watak2 yang mekar dalam LHM. Barangkali bukan Uncle Sepet kerana Uncle tidaklah seramah dalam LHM..hehehe. Mama Am pun bukan meski dia persis x. bos di Warta Darul Aman dulu.

Ghizlan. Nanti minggu hadapan aku mahu bawa dia berlibur di bukit cerakah dengan basikal dan sepatu sukan. Mek Mesir ini begitu teruja mahu tengok binatang dan jatuh cinta pada hutan.

Pak Saifullah pula yang sudah lebih menterjemahkan 30 buah buku Arab ke bahasa Indonesia beriya mahu berjumpa abah berbincang tentang dunia penulisan dan terjemahan.

Keduanya akan membantu padatkan jadualku yang mula akan bergelar seorang pelajar lagi di UM.

Mahu ngungsi diri dulu.

!

5 comments:

Saifullah Kamalie said...

Nur Mustika,
Saya belum lagi membaca Ayat-ayat Cinta yang ditulis Habiburrahman alias Kang Abik itu. Ternyata dia pelajar pascasiswazah UM juga tuh.

Kendati saya belum membaca novelnya itu, saya sedikit banyak telah fahamlah apa itu cinta. Ulama besar macam Ibn Taimiyah, Ibn Al-Qayyim termasuk yang saya rujuk ketika berbicara tentang cinta.

Jika kita mencintai sesuatu, maka jika cinta kita itu sejati, kita akan mencintai segala sesuatu yang ada kaitannya dengan sesuatu itu.

Jika kita mencintai Allah dengan sebenarnya, maka kita pasti akan mencintai segala sesuatu yang berhubungan dengan Allah. Sama ada itu rasul-Nya, kitab-Nya, syari`at-Nya, atau apa saja yang ada kaitannya dengan Zat-Nya.

Nah, karena saya ini telah jatuh cinta kepada Universiti Malaya, di mana saya mencalonkan diri sebagai doktor falsafah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, maka otomatislah saya mencintai segala apa yang berbau UM. Kereta saya di rumah pun, saya pasang sticker UM. Anak sulung saya, `Ammar Saifullah Kamalie pun saya daftarkan ke UM dan alhamdulillah dia sekarang sudah diterima di Fakulti Pendidikan, program kounseling.

Demikian halnya ketika RTM 1 menyiarkan temu bual dengan seorang dara yang ternyata graduan UM dan menulis novel yang 70% pengalaman pribadinya semasa belajar di UM, tanpa menghulung masa, saya langsung memburu novel itu. Mestinya sejam dua jam, novel itu saya selesai baca. Tetapi karena banyak kosa kata yang agak asing, saya membacanya pelan-pelan.

Ada sedikit kekeliruan tentang diri saya. Nama yang betul adalah Saifullah Kamalie. Adapun "skamalie" adalah user id di yahoo.

Kekeliruan lainnya tentang latar pendidikan saya. Saya bukan lulusan Al-Azhar, tetapi sekarang ini bekerja sebagai Ketua Program Studi Sastra Arab di Universitas Al-Azhar Indonesia (sila layari http://www.uai.ac.id) yang tidak ada hubungannya dengan Universiti Al-Azhar, Kahirah.

License (Lc.) saya dari Universiti Islam, Medina, Saudi Arabia (1984), Doktorandus (Drs.) dari Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta (1987) dan Master of Human Science (kami memanggilnya magister humaniora disingkat menjadi M. Hum) dari Universiti Indonesia (2000).

Kenyataan yang lainnya.....kayaknya sih benar semua, termasuk keinginan berjumpa dengan semua tokoh yang ada di LHM, terutama sekali dengan Mama Am. Siapa tahu boleh mengubah status saya dari "ayah tunggal" di rantau ini.

cinta madinah said...

ya eh, ini tulisan pakcik saifullah. Masya Allah, panjang ya:) terima kasih sudi berdatangan di sini.

ummu

Saifullah Kamalie said...

Nur Mustika,
Sila laman blog saya berikut:

http://saifullahkamalie.blogspot.com/

Saifullah Kamalie said...

Nur Mustika,
sila layari blog saya
http://saifullahkamalie.blogspot.com/

cinta madinah said...

salam Pak Saifullah. sudah jatuh cinta dengan Nur Mustika? hahahaha. memang angan2 selalu baik dalam fikiran. yang baik biasa disukai semua orang:)

Seorang yang menyimpan impian seperti orang lain

My photo
Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang anak kepada ibubapanya yang sabar. seorang kakak kepada 10 adik yang kaletah dan comel-comel. Seorang yang selalu berusaha. Seorang yang pernah jatuh. Seorang yang ada baik dan buruk dan selalu memperbaiki dirinya dengan impian dan usaha. Seorang yang tahu dia seorang hamba dan khalifah. Bakal Mahasiswi Sarjana Universiti Malaya dalam bidang Strategi Dakwah dan media. Penulis dan penerbit yang baru2 belajar. hubunginya: Baitul Hasanah, Kampung Gajah Puteh, Padang Sira, 06100, Kodiang, Kedah. senyum_sokmo2@yahoo.com www.esasterawan.com (ummu hani) Mari tolong berikan hikmah ilmu kepada saya.