Thursday, December 13, 2007

Catan Inspirasi



AKU CEMBURU PADA KAMU PEMUDI MALAYSIA!

“Harusnya syurganya lain!” lantang Abdullah. Dessy dan Eka Fitri menjeling-jeling. Aku meraup wajah ketiganya. “Mereka warga Jerman yang Islam kemudian kekal dengan pegangan Islam itu di negara protestant. Mereka akan hidup di syurga yang berbeda (lebih tinggi) kerana kuatnya iman mereka, begitu?” aku mengulangi maksud yang difahami dari butir Abdullah. Dia mengangguk. Teman-temannya kapan tersenyum.


Tiga anak muda ini kuteguri sebaik selesai menunaikan kewajipan di musolla wanita di Abu Dhabi International Airport. Aku akan berada di sini lebih kurang 4 jam sebelum terus terbang balik tempat lahir (Malaysia Tercinta). Sebelumnya, aku bertegur sapa dengan cewek-cewek (yang bakal berangkat ke seluruh Jazirah Arab menjadi bibik-bibik) Indonesia. Muda-muda belaka. Wajah rumpun Melayu (tambahan bertudung kebanyakannya) melurus lidahku bertegur-sapa. Tetapi aku tidak duduk-duduk dengan mereka (wajah cewek bibik semacam ralat melihat aku mengaju soal seperti ibu kambing (Syria) berjumpa anak kambing (Palestin). Hehe.

Aku berjalan seluruh ruang matar (airport). Dua tingkat dan tiga atau empat kali ganda kecil berbanding KLIA . Kedai-kedai ratanya bertaraf antarabangsa- nokia vision 2000, Nakshatra Diamond Jewellery, Oasis Café, Bvlgari dan lain-lain termasuk sebuah pub (sempat juga orang-orang pengembara ini berdag dig dut..uihs!)

Aku naik ke tingkat dua (walaupun tahu selepas ke kaunter Itihad tadi-penukaran tiket Abu Dhabi- Kuala Lumpur- gate 17 tingkat satu. Berlepas 1.40 pagi). Tingkat dua meriah dengan kerusi maka aku berjalan mencari ‘port’ sesuai melepas termenung. Wah! Satu wajah itu melintaskan otak, apakah itu dia? Apakah betul dia? Atau pelanduk dua serupa? Aku berjalan hampir. “Anda dari Malaysia?” Pemuda bervas biru dan bercermin mata tersentak. Temannya (wanita) juga menatapku. (dalam hati, mujurlah aku tidak bertanya ‘Apakah anda bernama ‘sekian-sekian’ kerana pastinya tekaan pertamaku tersilap. Haha). “Kami dari Indonesia,” balas pemuda itu ceria. Wanita temannya turut memberi senyum. Seketika seorang lagi menyapaku, “Kamu Indonesia?” “Tidak, saya pemudi Malaysia.” Aku selesa terenap di hadapan mereka bertiga. Wajah pemuda pertama itu sebenarnya mengingatkan aku pada pengarang Tunggu Teduh Dulu. Mereka adalah Abdullah, Ika Fitri (mirip penulis Kak Sal) dan kak Dessy. Semuanya pelajar Sarjana Kejuruteraan di Berlin, Jerman yang berasal dari Indonesia (Jakarta dan Sumatera) sedang transit sepertiku juga.


Kami bersembang. Pelbagai topik paling mesra tentang pemuda pemudi Malaysia- Indonesia. “Kalian lain, kalian kaya. Tidakpun, kerajaan kalian kaya. Guntur uang,” beberapa kali Ika Fitri berkata perkara yang sama. “Temanku (rakyat Malaysia) setahun-setahun menerima uang begitu banyak dari kerajaan kalian.” Tambahnya. Aku bercerita, datang berteman ke Damascus tetapi pulang berseorangan pula. “Temanku sudah jatuh cinta pada Damascus, dia mahu lebih lama di sana,” kataku. “Lantas kau, tidak bisa berlamaan? Tidak jatuh cinta?” Jelas Ika lebih nakal berbanding Abdullah dan Dessy menyakatku. “Aku pulang bekerja dengan bapa.” “Ah! Kau patriaki.” “Kamu jangan lupa, kamu minangkabau,” Dessy menjeling Ika. Tidak, masakan namanya keperempuanan? Haha. Peluang aku membalas tuduhannya. “Kau anak emak. Emakmu berkuasa atas segala keputusan hidupmu bukan?” Eka tidak dapat mengelak lantas mengangguk. “Kau tidak ingin cowok Indonesia?” nakal Eka berlebih-lebih. “Masyarakat Syria adalah masyarakat yang cantik,” aku memutar sedikit topik. “Kau tidak boleh jatuh cinta kerana bapamu sudah menentukan garisnya?” Eka ketawa. Nakalnya menjadi jahat buat aku rimas. “Aku jatuh cinta pada guru-guruku dan segala ilmu akhirat di sana,” balasku terus-terusan menceritakan pengalaman menjadi pelajar di Damsyik.




“Guru al-Quranku, dia mempunyai seorang bibik (orang gaji) Indonesia sebelumnya tetapi telah dihantar pulang kerana jatuh sakit.” Abdullah dan Dessy mendengar ceritaku senang. Dia tidak seperti Eka yang alih-alih mencari ayat nakal. “Bibik itu jatuh sakit apabila mendapat tahu suaminya (yang ditinggalkan di Indonesia) berkahwin lain.” “Begitu sekali ya?” soal Eka. Aku tidak memberi ruang padanya dan terus bercerita. “Kalian tahu, kebanyakan di Negara Arab, majikan tidak membenarkan orang gaji mereka pulang sehingga tiga atau empat tahun,” terangku. “Pastinya itu ruwet pada suami yang kesepian di tanah air,” tingkah Abdullah. Aku dan Dessy saling berwajah sedih (fitrah wanita yang kurang dapat menerima poligami..heheeee) “Lantas kau takut berkahwin dengan orang Indonesia?” Eka sudah memulakan langkah jahatnya. “Ah! Orang Malaysia kaya-kaya. Orang Malaysia bertuah,” tambahnya.

“Kamu seperti cemburukan rakyat Malaysia. Itu betul bukan?” aku bertanya (walaupun kutahu agak sensitif. Tetapi Eka tidak habis dengan ayat‘rakyat Malaysia bertuah.’) “Kalian mudah segalanya. Kami ini bersusah-susah dengan hidup. Semuanya biaya sendiri. A to Z.” Aku sedih pula mendengar kata Abdullah, tambahan sahabatnya Eka kampungnya terlibat gempa bumi baru ini. “Tetapi kesenangan kami itulah membantutkan kematangan fikiran dan apreasasi pada kehidupan. Kami tidak segagah kalian melontar wacana apatah lagi menapak perubahan pada korupsi pemerintahan. Kami kebanyakannya selesa hidup ‘aku-aku’, sudah memadai kesenangan di tangan sendiri tanpa mahu masuk campur urusan lebih besar. Kesusahan orang lain misalnya,” keluhku.

Bicara terus berlanjutan (seperti cepatnya jam berputar). Kali ini Abdullah lebih banyak bercakap (Eka sudah menguap lalu tidur, Dessy di sebelahnya ralit dengan alat digital di telinga). “Apakah cabaranmu paling utama hidup di Negara yang berlainan akidah?” (soalan ini kukira sesuai sekali dengan bidangku-dakwah). Abdullah mengangkat kening, membulat mata sebelum menjawab. “Alkohol contohnya. Aku sorang saja yang Islam dan teman-temanku kerap ‘minum’ tetapi mereka hormati aku. Mereka tidak mempelawa.” Abdullah senyum kemudian menyambung. “Bersalaman. Kau tahukan di barat dan Negara maju yang lain?” “Berlaga pipi?” dia mengangguk. “Ini kadangnya aku tidak dapat mengelak. Ada teman-teman di Jerman (wanita) terserempak di jalanan, lalu terus melekap pipi mereka padaku.” “Oh, pipimu sudah tidak suci,”kataku (lazernya mulut..hahaa) Abdullah senyum (sedikit malu).



“Ya! Aku faham. Situasi itu pasti ribut padamu bukan?” Abdullah mengangguk. “Jika orang itu adalah Jerman yang asal beragama Islam kemudian kekal terus dengan pengamalan Islamnya, harus syurganya lain (lebih tinggi)” kata Abdullah. Dari katanya itu aku faham. Terkenang aku pada adik-adik di Syria (dan kelompok kecil di Akademi Pengajian Islam UM tempat aku belajar dulu), apakah mereka sedar untuk berada dalam situasi Abdullah (misalnya)? Kerana aku melihat kebanyakan pelajar-pelajar agama seperti selesa dengan kelompok mereka (dengan tidak cuba bergaul lebih luas) malah orang yang tidak ‘berbudaya’ seperti mereka dikatakan bukan orang yang bersungguh berjuang (atas tiket Islam). Mereka lebih banyak berkata (dan berteori) daripada terlibat sendiri memimpin mad’u (atau sekurangnya bergaul, bersembang dan meneliti masalah mad’u). Dan, aku juga sudah kerap dilabel ‘tidak thiqah’ (memang pun..hahaaaa) dengan tabiat suka bersembang dengan ‘orang-orang baru di jalanan’ tidak kira lelaki dan perempuan. “Aku harap kamu terus tabah mengekalkan peribadi Islam,” doaku pada Abdullah.

Kami berpisah sebaik saja Dessy memintas, “Kita tidak mengambil tiket yang pasti lagi,’ katanya pada dua teman lelakinya itu. Aku menghadiahkan mereka bertiga syiling wang (Jordan dan Syria) yang terlebih di poket beg. “Lihat wang ini, kenang saya tahu? Kamu tidak boleh beli apapun dengannya.” Mereka ketawa serentak. Mereka pergi. Aku terus enap di kerusi.

Kebosanan. MP3 sudah tiga kali bertukar bateri (bateri 15 lirah= RM1) yang dibeli di Suuq Jumaah. Nasyid-nasyid dihafal termasuk suara harimau selsema dan kucing bersuara garau (barangkali batuk) yang terakam itu. Aku turun ke tingkat bawah. Berjalan terus ke sebuah restoran Arab sebelah Pharmacy Bin Sina. Duduk-duduk di situ, aku terpandang ‘makcik-makcik Malayu’. Benar! Aku cenung lama. Cara tudung dilipat serta pakaian- t-shirt, seluar serta kemeja besar dipakai tiga orang mereka hanya terdapat di Malaysia. Ingin saja aku menyapa tetapi yang menghalang aku apabila terpandangkan sesuatu yang tersepit celah jari-jari mereka ialah benda berjenama ‘marlboro’ atau ‘saleem’ atau ‘suria’ atau…ah! Berasap dan berkepul di hidung dan mulut sambil galak ketawa. Makcik (barangkali datin) melayu (bertudung pula tu) merokok tengah Matar Abu Dhabi (wah, indahnya jika ada orang Arab kata ‘Wanita Asia sudah maju’ merujuk rokok Saleem @ dll di antara bibir makcik-makcik Melayu bertudung itu (tak pakai tudung aku tak kisah. Ingatkan perempuan bertudung Arab je merokok.)

Benar sekali mereka makcik2 Malaysia! (kerana di tangga pesawat, aku telah menyalami dan bertukar khabar dalam bahasa Malaysia dengan mereka) – ini bukanlah suatu yang pelik apabila perempuan sekarang (walaupun tua dan bertudung) menghisap rokok. Tetapi aku ralat cara mereka menonjolkan imej Malaysia di sebuah Negara Islam dan tempat antarabangsa begitu. Memang malu itu untuk perempuan-perempuan terpilih.

Aku mahu tidur sahaja dalam perjalanan balik ini. Selamat Malam!

PERHATIAN: Saya amat kasihankan pembaca semua kerana di sisi saya tiada kamera. Jadi, tidak ada gambar yang boleh dipaparkan termasuk 3 teman baru dari Indonesia (terutama wajah Eka mirip pengarang TTD) dan tiga makcik (datin) Melayu yang sibuk menyedut asap sambil ketawa kuat (di tengah orang ramai*budi bahasa budaya kita*) Aduh! Sayangnya..

3 comments:

azis said...

salam ummu,
imbauan kisah apium hmmm
...terlalu banyak kesan dan trauma untuk saya. terkejut dengan budaya yang semacam diadakan (tokok tambah yang merimaskan) dari yang sepatutnya..
bila cuba keluar dari kelompok mereka macam2 dugaan saya terima, dipulaukan dsb...tapi untung kita dapat belajar daripada ramai orang yang berbeza dan sudah tentu berlainan cara.
ummu untung dapat ke sana ke mari dalam usia yang muda, saya setakat jejak hujung malaysia saja la..belum ada rezeki lagi..hargai peluang dan masa yang ummu perolehi sekarang.

salam daripada orang semporna jadian :)

Achik_Sufi said...

salam,
semoga kak hani c hat selalu...comelnyeerr bidak dalam pic tue...anak sapa laa..?

nie...hadirnya achik di c nie adalah khusus untuk mengucapkan...

" selamat hari raya aidil adha "

buat kak hani sekeuarga...moga ceria selalu...amin.

adam said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

Seorang yang menyimpan impian seperti orang lain

My photo
Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang anak kepada ibubapanya yang sabar. seorang kakak kepada 10 adik yang kaletah dan comel-comel. Seorang yang selalu berusaha. Seorang yang pernah jatuh. Seorang yang ada baik dan buruk dan selalu memperbaiki dirinya dengan impian dan usaha. Seorang yang tahu dia seorang hamba dan khalifah. Bakal Mahasiswi Sarjana Universiti Malaya dalam bidang Strategi Dakwah dan media. Penulis dan penerbit yang baru2 belajar. hubunginya: Baitul Hasanah, Kampung Gajah Puteh, Padang Sira, 06100, Kodiang, Kedah. senyum_sokmo2@yahoo.com www.esasterawan.com (ummu hani) Mari tolong berikan hikmah ilmu kepada saya.