Wednesday, January 16, 2008

BUKU BARU








Tahun Baru 2008, Galeri Ilmu Sdn Bhd yang lebih dikenal sebagai penerbit Majalah Anis dan Asuh mula berlari sedikit lagi menerbitkan buku-buku pula. Terbaharu buku kanak-kanak dalam siri Teladan Sepanjang Zaman, Koleksi Cerpen Asuh dan Balasan Tuhan berada dalam pasaran.
Namun, sesuatu mengetuk diri saya untuk memarahi penerbit kerana tidak meletakkan perkataan 'PENYUSUN ATAU PENYELENGGARA' atas buku yang ditulis nama saya (sebagai pengarangnya) Ini akan mendatangkan salah faham di pihak penulis sebenar. Saya

Saya tidak mahu menjawab jika ada penulis yang menyergah saya, anda boleh merujuk sendiri kepada Galeri Ilmu mengapa kesalahan itu berlaku?

Walau apapun, kisah-kisah dalam buku yang saya selenggarakan antaranya ; Kalung Sayidatina Fatimah, Geliga si Hud-Hud dan Nabi Daud Mahu Hukum Angin ADALAH KISAH TERBAIK MENDIDIK ANAK-ANAK MUSLIM.
Sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah terus ke talian: 03-77260772.

2 comments:

hakim dirani said...

Saya setuju sangat jika diperbanyakkan buku yang sedemikian di kalangan kanak-kanak supaya mereka tidak terjebak membaca komik yang mencelarukan yang begitu banyak di pasaran.

Achik_Sufi said...

salam,
semoga berada di dalam kesihatan hendaknya...

Seorang yang menyimpan impian seperti orang lain

My photo
Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang anak kepada ibubapanya yang sabar. seorang kakak kepada 10 adik yang kaletah dan comel-comel. Seorang yang selalu berusaha. Seorang yang pernah jatuh. Seorang yang ada baik dan buruk dan selalu memperbaiki dirinya dengan impian dan usaha. Seorang yang tahu dia seorang hamba dan khalifah. Bakal Mahasiswi Sarjana Universiti Malaya dalam bidang Strategi Dakwah dan media. Penulis dan penerbit yang baru2 belajar. hubunginya: Baitul Hasanah, Kampung Gajah Puteh, Padang Sira, 06100, Kodiang, Kedah. senyum_sokmo2@yahoo.com www.esasterawan.com (ummu hani) Mari tolong berikan hikmah ilmu kepada saya.