Mulaikan harimu sayang

Satu citra dan arah kita sama.. mendidik, memimpin dan menghibur. -Berkawan dengan alam-
Posted by
Ummu Hani binti Abu Hassan
at
1:03 AM
2
comments
DIARI CIK UMMU 2007
Ayo. Sejujurnya aku menulis kisah ini lebih awal tetapi kerana ruwetku meredah jadual sibuk, maka tidak upayalah aku medahului perkara yang kedua atau ketiga penting berbanding yang pertama. Panasaran juga tanpa mencatat di sini. makanya, yang ketiga penting itu aku tulis juga. Jam sekarang di putaran enam petang. Aku mangsi atas tilam tanpa sebarang hiruk akhi akhawatku di luar kamar.
Ghizlan (gadis mesir), Zahra Kamilia (anak dr kamariah kamaruddin- bakal penulis hebat ni ikut jejak bondanya) dalam pelukan cik ummu
Tadi, baru saja mendapat smsnya Ghizlan. Who Ghizlan? Oya, dia teman baruku hampir dua minggu udah. Dia teman istimewa daripada teman-teman biasa. Istimewanya tidak sampai mengatasi keistimewaan teman-teman seharian yang lebih dahulu mengenal hati budi dan sabar melayani karenahku cumanya, Ghizlan ini tidaklah kutemui pada perempuan (teman-teman) di
(Inilah rupanya anak baru Kak Nisah Haron-Salsabila namanya)
Yang sebenarnya, sebaik AAC berserabut dan menggilai diriku, Kuasa Tuhan begitu Agung mempertemukan aku dengan manusia yang bisa membawa aku ke dunia lebih besar iaitu Ghizlan dari Mesir dan Pak Saifullah Skmalie dari Jakarta.
Wina dan Cik Faez bersama tauke Ujana Ilmu, Encik Nasir (suami Kak Nisah Haron)
Ghizlan. Simple saja pertemuan kami iaitu di suatu majlis walimah anak teman abah di Bangi. Ghizlan bersama supervisornya Datuk Mansor dan isterinya. Aku datang dengan abah dan Hamdi. Di majlis itu, kebetulannya Ghizlan menjamah selera di sisiku. Lalu, wujudlah lingkaran ukhwah kami. Sejak itu, aku telah muncul teman
Ghizlan gembira dengan teman2 baru Malaysia, Wina dan Faez. Di depan rumah Kak Nisah
Tentang Pak Saifullah kamalie. Ini pertemuan yang biasa terjadi di zaman IT dan tivi. Iaitu emel. Dia kenali aku sewaktu diwawancara di kantor Selamat Pagi
Gembira ke Kuala Klawang
Terus saja tentang Pak Saifullah yang selesa dipanggil Pakcik Saiful. Dia calon Doktor (PHD) di UM. Tinggalnya di Kolej 12 UM bersama anaknya yang juga belajar di
Novel FT baru yang dibeli Faez kat Ujana Ilmu
Nanti aku akan jumpakan Pak Saifullah dengan watak2 yang mekar dalam LHM. Barangkali bukan Uncle Sepet kerana Uncle tidaklah seramah dalam LHM..hehehe. Mama Am pun bukan meski dia persis x. bos di Warta Darul Aman dulu.
Ghizlan. Nanti minggu hadapan aku mahu bawa dia berlibur di bukit cerakah dengan basikal dan sepatu sukan. Mek Mesir ini begitu teruja mahu tengok binatang dan jatuh cinta pada hutan.
Pak Saifullah pula yang sudah lebih menterjemahkan 30 buah buku Arab ke bahasa Indonesia beriya mahu berjumpa abah berbincang tentang dunia penulisan dan terjemahan.
Keduanya akan membantu padatkan jadualku yang mula akan bergelar seorang pelajar lagi di UM.
Posted by
Ummu Hani binti Abu Hassan
at
7:17 AM
5
comments
Bawak bawaklah bersabar!
Mengucup Sejadah Cinta!
Posted by
Ummu Hani binti Abu Hassan
at
12:32 AM
0
comments
“Anakku, aku ibumu ingin berpesan. Jika berjalan, peganglah tanganku erat-erat.” Ibu menghembus dahiku, anak rambut berwarna perang terkibas ke atas. Topi berjambul biru masih lekap mendinding dingin kepala. Ibu menarikku dekat ke sisinya. Jemari kami berangkulan ketika melintas jalan menuju ke Jisr Rais.
“Wajah Dimasyq cepat malap di musim dingin. Aduh! Kita selalu berkejar dengan masa sayang.
Ibu makin erat menggenggam tanganku. Memandang sekeliling, semua manusia seperti ibu. Berjalan tangkas ke depan, menunu dan meluru langsung tidak menghiraukan orang lain. Aku jika tidak dipeluk ibu, sudah tertiarap di tubir tangga jejantas. Apakah orang-orang dewasa mempunyai perasaan seperti bangunan-bangunan batu yang berselerak seluruh Jabal Muhajirin? Tidak halus memikirkan makhluk yang lain? Suam tangan ibu berminyak di jariku.
Kami menaiki service berlabel Kud’sia. Ibu memangku badanku atas pehanya kemudian menyua syiling 5 lirah kepada pemuda di sebelah. Ibu tidak ralat menampung montel tubuhku semata tidak mahu membayar lebih daripada harga seorang penumpang. “Bapamu kedekut,” keluh ibu setiap kali anak mataku menikam mata ibu. Kasihan. Perjalanan 45 minit ke Nazlah Kud’sia dalam service sempit biasa bagi ibu. Aku atas ribanya, beg comelku dimasukkan dalam beg kerja ibu yang turut diletak sebelah kiri pehanya. Biasanya, tubuh kami dihimpit pula lelaki-lelaki besar seperti juga tubuh bapa, seorang jundi Syria. Jika nasib tidak baik, hidung kami menampung hamis penumpang sebelah yang rata-ratanya jarang mandi di musim sejuk. Aku lalu menempek hidung di balik kerudung ibu. Masam ibu lebih bagus daripada kelat hapak lelaki-lelaki itu
.
Mataku mencenung ke luar tingkap, pemandangan yang sama sejak setahun aku berulang-alik dengan ibu dari rumah kami di Jaddat Qudsayya ke Madrasah al-Imran di Pekan Baromkheh. Ibu bertugas sebagai anisah kanak-kanak bisu yang ratanya berumur seusiaku sehingga umur 12 tahun. Kini, aku sudah mencapai umur tadika, ibu meletakkan aku di bawah jagaan seorang pengasuh, Umm Kamal. “Kamu boleh bercakap, tidak seperti mereka,” keluh ibu ketika aku merengek mahu duduk semeja dengan anak-anak muridnya.
Posted by
Ummu Hani binti Abu Hassan
at
9:20 PM
1 comments
Posted by
Ummu Hani binti Abu Hassan
at
3:57 AM
1 comments
Posted by
Ummu Hani binti Abu Hassan
at
7:39 AM
0
comments
Sastera Islam dan underground
Oleh: RAZALI ENDUN
Sastera adalah medium untuk melahirkan rasa hati serta
gelodak perasaan pengarang. Sastera juga sebuah hasil
seni yang sarat keindahan kata-kata yang tersirat
makna di sebalik yang tersurat. Sastera kontemporari
tidak pula bergantung kepada keindahan bahasa tetapi
mesti mempunyai mesej dan ilmu. Karya sastera yang
tidak ada ciri-ciri ini dianggap sastera picisan.
Selain sastera picisan, dunia kesusasteraan kita
dikelaskan dalam beberapa kategori yang kemudian
diberi label mengikut jalur masing-masing. Ia bagaikan
kayu ukur bagi mengklasifikasikan karya seseorang
untuk diletakkan di dalam kelompok yang dilabelkan.
Kita ada sastera popular, sastera kabur, sastera
reformasi, sastera arus perdana, sastera siber atau
e-sastera, sastera blog, sastera Islam dan akhir
sekali sastera underground. Pengelasan ini bukan
sahaja dibuat oleh sesetengah sarjana sastera tetapi
oleh sesetengah penulis yang berada di dalam kelompok
masing-masing.
Dengan hal yang demikian, sastera kita terpecah-pecah
di dalam beberapa kelompok yang merupakan fenomena
tidak sihat. Perpecahan bukan sahaja berlaku kepada
hasil karya seseorang, malah mewabak kepada
pengarangnya menjadikan mereka dalam beberapa kelompok
yang tidak beriringan dan bersefahaman. Kelompok arus
perdana tidak sebulu dengan kelompok popular.
Kelompok penggiat sastera reformasi dipandang serong
dan dipinggirkan oleh kelompok sastera arus perdana.
Begitu juga kelompok e-sastera tidak mesra dengan
kelompok lain.
Kalau ada acara sastera anjuran kelompok arus perdana,
misalnya, maka kelompok lain tidak hadir. Begitu juga
sebaliknya. Natijahnya, perkembangan kesusasteraan
kita terpecah-pecah dan tidak dapat dibina secara
bersepadu.
Baru-baru ini, Pena menganjurkan diskusi bagi mencabar
minda penulis- penulis muda yang menjadi ahli
panelnya, di bawah tajuk yang berat dan sensasi iaitu
Sastera underground lawan sastera Islam. Tajuk ini
juga berunsur kontroversi.
Menurut penganjur, tajuk itu sengaja direka begitu
sebagai tarikan kepada khalayak sastera untuk hadir.
Strategi itu ternyata berkesan, kerana Sasterawan
Negara (SN) Datuk A. Samad Said sendiri mengakui
bahawa beliau ‘dipujuk’ oleh tajuk itu.
Malah khalayak yang hadir juga sangat menggalakkan,
hampir 50 orang, yang sebahagian besar terdiri
daripada penulis muda. Kehadiran seramai ini jarang
diperoleh dalam sesi atau majlis sastera seperti ini.
Tetapi yang menjadi persoalan, kenapa mesti ada
perkataan ‘lawan’ di situ antara sastera underground
dan sastera Islam?
Ini seolah-olah mahu melaga-lagakan antara dua
kelompok ini. Namun demikian, tajuk itu berjaya
dibicarakan oleh tiga penulis muda. Mereka ialah Ummi
Hani, Ali Atan dan Rahmat Haroun dan dipengerusikan
oleh Raihani Mohd Saaid.
Meskipun pencarian erti atau definisi sastera
underground dan sastera Islam masih belum ada
kepastian, namun huraian dan hujah yang dikemukakan
boleh diterima bagi memantapkan lagi pencarian itu.
Pencarian teori sastera Islam dibicarakan semenjak
tiga dekad lalu. Cetusan ini disuarakan oleh SN Datuk
Shahnon Ahmad dengan konsep, “Sastera kerana Allah dan
berhikmah untuk manusia.”
Topik ini juga pernah dibicarakan oleh ramai
sasterawan termasuk Kassim Ahmad, Mana Sikana dan Dr.
Shafie Abu Bakar. Malah Badaruddin H.O. pernah
menyentuh konsep sastera Islam semenjak tahun 60-an
lagi.
Walaupun unsur-unsur Islam pernah diterapkan melalui
puisi semenjak tahun 1933, di mana Pungguk (Muhamad
Yassin Ma’amor) dan penyajak-penyajak yang seangkatan
dengannya yang disiarkan dalam majalah Guru, namun
sehingga kini masih belum ditemui satu teori sastera
Islam yang boleh diguna pakai sebagai garis panduan
mentakrifkan sesebuah hasil sastera sebagai sastera
Islam.
Banyak sudah teori dicipta untuk mentakrifkan apa itu
sastera Islam, namun masih ramai yang keliru tentang
konsep itu. Malah kalangan sarjana sastera sendiri
berbalah antara satu dengan yang lain dalam pencarian
konsep sastera Islam ini.
Menurut Dr. Hashim Awang, ‘‘Teori sastera Islam itu
sebenarnya terbuka, mencakupi segala teori meskipun
dari India, China atau negara-negara lain termasuk
teori orang Melayu yang ada adab dan budaya Melayu
yang bersesuaian dengan Islam.’’
Bagi Dr. Shafie , sastera Islam mestilah bertitik
tolak dari konsep tauhid dan falsafah dan ditulis oleh
orang Islam. Teori Takmilahnya menggariskan falsafah
dan tauhid menjadi asas menentukan sama ada sesebuah
hasil sastera itu boleh digolongkan dalam kategori
sastera Islam. Kedua-dua ciri ini tidak boleh
dipisahkan kerana ia tonggak serta part and parcel
kepada pembinaan konsep sastera Islam.
Rajah teori
Dalam rajah teori Takmilahnya, falsafah dan tauhid
dijadikan pusat rangka teorinya yang di antara lain
mendefinisikan tiga kategori bagi pembentukan teori
tersebut. Tiga kategori itu ialah pengkarya, karya dan
khalayak, di mana ketiga-tiganya berpaksikan roh,
hati, akli dan inderawi.
Mana Sikana pula semacam tidak yakin bahawa teori
sastera Islam yang mantap dan bersepadu dapat
diwujudkan kerana adanya perbezaan aliran kritikan dan
mazhab-mazhab dalam Islam.
“Kita jangan menjadi sebagai ahli Sufi yang
mengasingkan diri dari dunia realiti. Kita mesti
berpijak di bumi nyata. Pembinaan teori banyak cara
dan kaedahnya. Tidak mungkin kita dapat wujudkan satu
teori sastera Islam yang betul-betul mantap dan
berpijak di bumi nyata,” kata Mana Sikana.
Sementara itu Dr. Lutfi Abas berpendapat, teori adalah
pernyataan atau sekumpulan pernyataan. Sastera Islam
mesti universal, merangkumi sastera bukan Islam. Karya
seni adalah pernyataan peribadi sasterawan dan
sasterawan bukan ahli Sufi tetapi ahli sains sastera
atau metafizik.
Suratman Markasan pula berpendapat bahawa sastera
Islam adalah ibadat dan hendaklah dengan niat kerana
Allah dan dikembalikan manfaatnya kepada manusia.
Sastera Islam berpegang kepada tiga aspek iaitu, seni@
keindahan, kebenaran dan kebaikan. Suratman menolak
karya yang dihasilkan manusia bukan Islam, betapa pun
agungnya karya sastera itu dengan adanya estetika
sastera Islam, ia tidak boleh dianggap sastera Islam,
mungkin dikategorikan sebagai karya yang berunsur
Islam sahaja.
Ustaz Muhamad Uthman El-Muhamadi menyenaraikan
beberapa konsep sebagai panduan pencarian definisi
sastera Islam. Di antara lain sastera Islam perlu ada
ciri-ciri berikut:-
1. Memancarkan faham alam, faham ilmu dan faham nilai
Islam yang dimanifestasikan dalam jalinan naratif,
pembentukan peristiwa, perwatakan serta keindahan
bahasa prosa atau puisi dan perlambangan penulis yang
mempunyai iltizam terhadap pegangan dan kehidupan
Islam serta peradabannya,
2. Memancarkan akidah Islam, hidup pengabadian
(ubudiyah), akhlak atau moral dan disiplin kehidupan
Islam mengikut Syariat-Nya.
3. Berdasarkan perintah Quran supaya manusia
‘merapatkan diri’ dengan Tuhan melalui
sifat-sifat- Nya.
4. Berdasarkan hadis yang bermaksud, “Berakhlaklah
kamu dengan akhlak-akhlak (yang diambil pengajaran
daripada sifat-sifat Allah),” tetapi kekal dengan
ketuhanannya dan manusia tetap dengan kemakhlukannya
dengan sifat-sifat manusiawinya.
Belum ada kesepakatan bagi membina sebuah teori
sastera Islam yang betul-betul mantap dan bersepadu
sebagai panduan mengklasifikasikan sesebuah karya itu
tergolong dalam kategori ini. Begitu juga dalam kita
membicarakan sastera underground, yang mutakhir ini
bagaikan menjadi medan penulis-penulis muda meluahkan
gelodak perasaan mereka.
Menurut Ali Atan, sastera underground ini dipelopori
oleh Faisal Tehrani, Azman Hussein, Sharil Sanin,
Jimadie Shah dan beberapa orang lagi yang menerbitkan
karya-karya underground mereka secara bersendirian.
Kata Ali, sastera underground bersifat bebas
sebebas-bebasnya, sarat dengan protes termasuk juga
unsur erotik. Bahasanya bertenaga dan berterus terang.
Biasanya diterbitkan dan diedarkan oleh penulisnya
sendiri.
Menurut A. Samad Said, sastera underground bermula
pada tahun 1940-an di barat. Di negara kita yang boleh
ditakrifkan sastera underground ialah antologi puisi
Keranda 152, Teluk Gong dan The Malay Dilemma. Namun
selepas buku-buku itu diterbitkan kemudiannya,
bolehkah dianggap karya underground?
Underground itu bermakna ‘bawah tanah’ atau istilah
keselamatannya ialah ‘subversif.’ Ia pergerakan
‘haram’ dan penerbitan yang berkaitan dengannya juga
dianggap ‘haram’. Namun medan itu sahajalah yang ada
bagi penulis-penulis yang mahu meluahkan protes,
perasaan dan cita rasa mereka terhadap establishment,
penguasa politik dan pihak-pihak yang berkenaan.
Dalam suasana politik kontemporari, di mana media
dikuasai oleh elit politik yang berkuasa, maka amat
sukar untuk tulisan-tulisan seperti ini mendapat
tempat. Namun persoalannya, siapakah yang menentukan
halal haramnya sesebuah karya itu?
Jawab Rahmat Haroun, “Orang yang memegang kuasa yang
menentukan.”
Pena di bawah pimpinan generasi muda amat aktif,
progresif dan proaktif. Acara percambahan pendapat dan
pandangan seperti ini sangat baik diteruskan. Ia cuba
mencabar minda penulis-penulis muda supaya turut sama
memperkatakan perkembangan kesusasteraan kita. Ada
baiknya kalau sekali sekala dilibatkan juga
penulis-penulis veteran agar percambahannya pelbagai.
Posted by
Ummu Hani binti Abu Hassan
at
6:46 PM
0
comments
Posted by
Ummu Hani binti Abu Hassan
at
6:08 AM
0
comments