Tuesday, August 21, 2007

Qolbu dijentik Air







Sungguh! hari ini adalah hari yang memberi senyuman. Matari pun pancar hangat seperti tahu jiwa mekar suka. Buat bibir ukir termanis pada diri. menitis-nitis..



"Assalamualaikum, Ustaz di mana ya?"


"Tunggu di depan library Akademi Islam"


"Ustaz, ana dekat ke sana. Ustaz tunggu.."


"Insya Allah"



Maka kaki pun menderap sama laju dengan qolbu. dup-dap dup dap. Apakah ini perasaan selayaknya buat seorang umat bila merindui Rasulnya? tetapi yang dikirimi Tuhan hari ini adalah seseorang yang mempraktiskan sunnah Rasul maka bayang rindu dan cinta itu seakan sama.


"Maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah"- surah Al-Lail: 7


Sesuatu yang bernama cinta itu ilmu berempah fiqih dan hikmah. Seorang Ummu belajar banyak dari novel-novelnya sehingga begitu resan dengan penulisnya kadang mahu terbang ke tanah Semarang mencari jejak Buya Hamka Junior ini (yang digelar Pak Samad Said di belakang kulit novel Ayat-Ayat Cinta).


Sungguhlah! Allah sangat mudah bila hati terus langsung padaNya. Ingin sangat2 menerbak pengalaman, ilmu dan usaha Ustaz Habibur Rahman bin Saerozi.







Ya Allah! Ustaz itukah di hadapanku kini? Bawah langit Akademi Islam UM, atas dataran aspal, tiada yang menjeling (tidak ada yang kenal inilah penulis yang telah berjaya menyaingi Harry Potter di Jakarta). Aduh! kecilnya diriku sebelah orang berilmu dan tawadhuk.



"Kita ke Jabatan Dakwah ya Ustaz.."


senyum.


"Sudah berapa kali Ustaz ke sini (apium)"


"O baru tiga kali"


"Ustaz di sini program PHD ya.."


"Sarjana.."


"Eh, bukan Sarjana ustaz di Cairo.."


"Iya..betul.."



(Aku berfikir betulkah soal yang pertama tadi atau kata sarjana itu maksudnya lain di Indonesia)


"Sudah pusing-pusing bangunan akademi Ustaz seluruhnya?"


"Tidak lagi..."


Kami memanjat tangga hingga tiba ke jabatan Dakwah.


"Inilah jabatan dakwah, ramai juga pelajar dari Indonesia belajar di sini.."

"Alhamdulillah"

"Kita duduk di ruang ini ya Ustaz.."


Ustaz melabuh duduk. Aku menarik kerusi lebih dekat. Kemudian itu, aku talu bertanya pada Ustaz tentang kehidupannya dan perjuangannya..


Insya Allah, tunggu ya Anis akan datang.


Ustaz Habibur Rahman el-Shirazy, 31 tahun. Lahir di Semarang, Indonesia. Sudah mempunyai seorang isteri Ustazah Muyasaratun Sa'idah dan seorang anak. Malah bakal lahir seorang anak lagi masa terdekat, insya Allah.


Ustaz, tawadhuknya tinggi (betulkah ini penulis yang novelnya sudah dicetak 24 kali di Jakarta?)


Tulis Ustaz pada ummu:

Jihad seorang penulis
dengan penanya di jalan Allah
tidak kalah nilainya
Dengan jihad seorang tentera
dengan pedangnya di jalan Allah!
mari terus menulis dan berkarya.


salam sastera dan dakwah,
Ustaz (Kang Abik)






Kata Ustaz, Fahri itu wujud dalam banyak watak manusia lain. Ustaz hanya melengkap dalam satu tubuh watak agak dicontohi para remaja Muslim...

6 comments:

atriza said...

assalamualaikum..
kak Ummu..ingin sekali ana bertemu dengan ustaz..( Kang Abik )
gembiranya rasa kalau ana berkesempatan macam kak ummu..
kak ummu..kapan lagi ya ustaz ke Malaysia? atau memang beliau berlama di Malaysia??

catatan yang menarik. syukran kak ummu kerana sudi berkongsi buat tatapan semua..

Izzati said...

cemburu..
cemburu..
cemburu..
aduhai..untungnya kak ummu dapat jmpa Kang Abik..
kenapa lah tak jd Sabtu lepas? Tuhan saja yg tau..
hmm..

Rebecca Ilham said...

Kak Ummu, Haz ulang kata-kata Izzati:
cemburu!

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Semoga nanti lahir buku-buku bermanfaat dari Kak Ummu pula!

Ummu Hani binti Abu Hassan said...

salam,
adik2 ku..jangan cemburu. Nanti Kang Abik bisa datang Malaysia dan kita bikin satu program khusus untuknya bercakap. Dan dia memang sangat mahu.
Sebenarnya, bercakap dengan Kang Abik sudak berasa seronok seperti Fahri berceloteh dalam AAC.

Izzati said...

salam..

kak ummu, make sure jadi..zati nak jd peserta pertama yg daftar..hehehe..leh buat gathering nmfc lagi..jangan hampakan adik angkatmu ini lagi..huhu..

amoi said...

Salam Ummu...
Minta copy paste kata2 hikmah Kang Abik kepada Ummu yer? subhanallah ayat yg terkesan!

Seorang yang menyimpan impian seperti orang lain

My photo
Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang anak kepada ibubapanya yang sabar. seorang kakak kepada 10 adik yang kaletah dan comel-comel. Seorang yang selalu berusaha. Seorang yang pernah jatuh. Seorang yang ada baik dan buruk dan selalu memperbaiki dirinya dengan impian dan usaha. Seorang yang tahu dia seorang hamba dan khalifah. Bakal Mahasiswi Sarjana Universiti Malaya dalam bidang Strategi Dakwah dan media. Penulis dan penerbit yang baru2 belajar. hubunginya: Baitul Hasanah, Kampung Gajah Puteh, Padang Sira, 06100, Kodiang, Kedah. senyum_sokmo2@yahoo.com www.esasterawan.com (ummu hani) Mari tolong berikan hikmah ilmu kepada saya.