Saturday, July 21, 2007

DI MEJA JUALAN BUKU UMP

Saya terharu. sebelum saya tutup meja buku hari ini, saya nak maklumkan pada diri saya dan sesiapa yang membaca entry ini, bahawa kita khususnya masyarakat Melayu masih belum mempersiapkan diri menghadapi umur emas 50 tahun khususnya untuk negara yang tercinta ini. Ini bukan tuduhan melulu, ini adalah pengamatan saya selama dua hari, diulangi hanya dua hari saya di sebuah kawasan daerah Kuantan, Pahang.

Saya, sebagai penulis, penerbit dan juga menjual buku2 kami sendiri (baru2 belajar) datang dijemput UMP (UNIV MALAYSIA PAHANG) secara percuma untuk berdagang dan mempromosikan buku2 kami di sini (sabtu dan ahad) sempena Program Minggu Kerjaya.
Apabila menyebut program di atas, tentulah peserta yang datang ini adalah masyarakat kelas akademik dan pertengahan yang baru2 mencari tapak kerjaya/ mengukuhkan pengetahuan tentang agensi dan syarikat2 swasta yang menawarkan pasaran kerja.

Anda tahu, saya wakil penerbit, selain mencari orang membeli buku2 kami, merisik juga sesiapa yang berminat terlibat dengan media cetak khususnya untuk media Islam. Namun, menyedihkan, betapa kurang prihatinya masyarakat yang dihidang akhbar Cakna (Timur Tengah khususnya Kuantan)pada sesuatu yang bersifat pengisian minda.

Saya tidak mahu meleret. di depan gerai kami adalah gerai kosmetik dan makanan. Antara tiga gerai ini, anda tentu dapat menerka siapa antara kami (peniaga) yang lebih menjadi tumpuan.
Saya mahu maklumkan, kesimpulan saya mudah, masyarakat Melayu masih mementingkan kecantikan luaran dan pemakanan berbanding ilmu pengetahuan. Kami yang menjual buku (malah saya penulisnya sendiri turun padang) hanya dipandang sebelah mata (macam kami jual belacan). Ada juga ibubapa yang bila anak2 pegang buku (Asuh dan buku2 bermanfaat terbitan kami) sudah jeling semacam ibu tiri jahat. Aduh! Saya kasihan mereka ini. Saya sendiri berasa malang jika mendapat ibubapa yang takut membelikan buku pada anak2 walhal pegang buku pun sudah mereka jeling semacam.

Saya tengok, ada ibu yang tidak lokek membeli alat mekap tebal yang harganya lebih mahal berbanding buku dan majalah kami tetapi geleng kepala bila anaknya kecek duit tidak sampai lima ringgit nak beli buku.

ada juga bapa, yang bila saja nampak anaknya datang ke kedai kami, terus ditarik tangan ke tempat lain.

Aduh! inilah wajah orang Melayu (khususnya di pantai timur) yang lebih untuk cantikkan lahiriah daripada isi dan kualiti minda.

Saya sedih (bukan kerana buku tak selaris buku2 Faisal Tehrani- jangan tak tahu, ada remaja yang saya tanya, FT pun mereka tak kenal. ) Sedih kerana minda masyarakat kita masih belum terbuka menghadapi umur emas Merdeka.

Saya mahu pulang sekarang.

4 comments:

Tg.A said...

"Aduh! inilah wajah orang Melayu (khususnya di pantai timur) yang lebih untuk cantikkan lahiriah daripada isi dan kualiti minda".

Kenapa ya pengkhususan pantai timur. Saya bukanlah bersifat kenegerian namun rasa pedih juga membaca komen sebegini.

di IPTA/IPTS terdapat banyak sekali orang pantai timur berbanding pantai barat. Malah, di tempat saya di utara tanah air juga begitu. Malah teman saya dari negeri selatan juga mengakui kenyataan ini.

'Kerana Nila setitik rosak susu sebelanga'.

lupa mungkin, di pantai barat mungkin juga yang pergi ke pesta buku merupakan rakyat pantai timur.

Jika rakyat pantai timur begitu jumud, mana mungkin FT sendir turun padang ke pesta buku islamik di kelantan baru2 ini.

maaf, jika berkasar. Sekadar lontaran rasa.

Dr Dre said...

komentar ana,sebenarnya apa yg ingin di ucapkan oleh penulis adalah mengenai masalah ORG KITA yg xmenghargai dan meraikan semangat ilmu dan pembacaan!.ia tidak bersifat kedaerahan atau perkauman!..hanya komentar berkenaan malasnya ORG KITA membaca dan kurangnya budaya meraikan ilmu!..

didalam buku paulo freire(pedagogy of the opressed)beliau menyatakan bahawa ada satu sistem pendidikan tradisi@method yg diamalkan oleh manusia secara tradisi iaitu sistem bank!...guru beri informasi dan murid menghafal(bukan menjiwai pembacaan&berfikir)...ibarat pendepositan bank!..akhirnya lahir manusia yg bijak exam,tapi tidak kritis...di dalam kasus ini,pembacaan adalah suatu yg penting dan perlu diaplikasikan dlm hidup.tidak ada mana2 kawasan yg spesifik malas membaca,tetapi penulisan ini hanya gambaran kekecewaan seorang pabila melihat bangsa nya sudah mula luput semangat membaca.... penulisan ini secara keseluruhnya juga menyeru agar masyarakat merakyatkan buku,bukan make-up,cuma secara kebetulan diatas takdir ILLAHI ia terjadi di pantai timur!..itu sahaja...

saya berpendirian yg masyarakat harus membaca dan tanamkan sifat suka membaca,tetapi awas,bukan sahaja membaca tetapi juga kritis berfikir!.....ada sesuatu yg tempang didalam falsafah pendidikan kita,dimana ia semakin hari semakain lari dari hakikat pendidikan..ia semakin mampir kepada aspek materialistik(universiti2 menjadi seperti KILANG2 melahirkan graduan,bukan intelektual)sedangkan hakikat pendidikan ialah untuk membebaskan manusia samada dari kejahilan diri sendiri atau penjajahan minda!......wajib kita menilai semula dasar pendidikan negara dan aplikais sosial rakyat kita yg semkain leka dibuai arus ganas HEDONISME!....

secara rendah diri nya,saya merasakan bahawa wajar perubahan didalam diri berlaku,iaitu tanamkan semnagat cinta ilmu dan suka membaca berbanding dgn perkara2 lain....jatuh bangun sesuatu bangsa adalah berdasarkan aras intelektualisme rakyat...kesimpulan nya jika kita tidak membaca,masakan kita mahu berfikir dan masakan kita bisa membentuk bangsa yg progressif?.....

to tengku anis:ayuh kita galakan dan tanam budaya pembacaan kepada semua ummah....melalui penulisan blog pun boleh dikira kta menyeru kepada kebaikan bukan?....jadi saya rasa penulisan oleh penulis(kak UMMU HANI)adalah tidak berbaur kedaerahan atau kenegerian...cuma dia menyetakan kekecewaan terhadap kelunturan budaya ilmu dikalangan kita....xkiralah pantai barat atau timur.....kita semua umat Islam....

salam.
SYEIKHRYZ

Ummu Hani binti Abu Hassan said...

Tengku Anis,
Saya mohon maaf andai saudara kecil hati, bukanlah maksud saya untuk memperkecilkan orang2 negeri sana. kebetulannya berlaku di situ. Jawapan Syeikhryz amat menjawab.

Aidil Khalid said...

Saya sokong semangat saudari dalam memasarkan ilmu kepada masyarakat. Namun demikian, saya kira adalah tidak adil untuk hanya menuding jari kepada masyarakat semata-mata. Bagi saya, ini adalah jalan mudah yang selalu diambil oleh para penerbit atau penulis. Bila sahaja buku tak laku, katanya "masyarakat tak suka ilmu... apa nak buat?" Sedangkan tidak ada apa-apa yang dilakukan bagi bermuhasabah diri, kenapa masyarakat tak mahu jenguk karya-karya yang dijual.

Saya lebih suka dengan pandangan Puan Ainon (www.universitipts.com) yang menegaskan bahawa masyarakat tidak suka pada sastera atau ilmu, bukan kerana masyarakat itu yang salah. Tetapi para penerbit, penulis, pengedar, dan mereka yang terlibat dalam industri ilmu itulah yang salah, tidak tahu bagaimana mahu memasarkan.

Kerana menurut Puan Ainon, buku-buku sastera serius seperti siri sejarah Islam yang ditulis Pak Latip Talib misalnya, laku keras dijual oleh PTS. Ini membuktikan bahawa karya ilmu memang boleh dijual. Rahsianya? Tentunya cara pemasaran yang berkesan.

Akhir sekali, kita punya pilihan. Sama ada untuk menyalahkan 'mereka', atau menyalahkan diri sendiri. Tetapi suatu yang pasti, tidak akan ada apa-apa yang dapat kita lakukan tentang 'mereka' itu. Kita hanya mampu mengubah apa yang berada dalam kuasa kita.

Seorang yang menyimpan impian seperti orang lain

My photo
Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang anak kepada ibubapanya yang sabar. seorang kakak kepada 10 adik yang kaletah dan comel-comel. Seorang yang selalu berusaha. Seorang yang pernah jatuh. Seorang yang ada baik dan buruk dan selalu memperbaiki dirinya dengan impian dan usaha. Seorang yang tahu dia seorang hamba dan khalifah. Bakal Mahasiswi Sarjana Universiti Malaya dalam bidang Strategi Dakwah dan media. Penulis dan penerbit yang baru2 belajar. hubunginya: Baitul Hasanah, Kampung Gajah Puteh, Padang Sira, 06100, Kodiang, Kedah. senyum_sokmo2@yahoo.com www.esasterawan.com (ummu hani) Mari tolong berikan hikmah ilmu kepada saya.