Saturday, July 21, 2007

Mahu Jadi Pencinta Ilmu


Persidangan antara bangsa para ilmuan,

Peserta mewakili berbagai zaman dari serata ceruk alam, Umar al-khattab pengerusi sidang utama, Umar Abdul Aziz pengapait rapat, Mewakili tabi`in terhormat.
Abu Hanifah, Malik, Shafi`i dan Ahmad pembentang kertas kerja hukum, Asy`ari, Maturidi, Juwaini dan Razi hadir bengkel Usuluddin, Hasan Basri, Junaid Baghdadi, Qushairi dan Rabia`tul `Adawiyah hadir bengkel sufi, Ibn Taymiyyah, Ghazali, Shatibi hadir bengkel tajdid fikri dan amali, Beratus ilmuan menjadi peserta khusyuk mendengar hujah berperi.
Bengkel bahasa Sibawih pengerusi, Bengkel Tafsir mengumpulkan Tabari, Zamakhsyari dan Qurtubi, Bengkel hadith diwakili Bukhari Muslim Tirmidhi, Ramai peserta dari kalangan Salafi, Turut serta pengikut khalafi menjadi pemerhati.
Pada akhir persidangan tercapai satu resolusi, Menasihat umat bersatu kembali merujuk Quran dan Sunnah Nabawi, Mengguna akal penuh bistari, Dan sambung resolusi itu lagi.
“Jangan ada menolak akal, Apalagi menolak nas qat`i, Nas didalami dan akal menggarapi, Menoleh suasana zaman, tempat, adat dan uruf melingkari”
Tahukah kita semua mana qat`iyyat yang tak berubah hukumnya, Mana murunah yang berubah menurut realiti berbeza, Mana muhkamat dan mana mutasyabihat, Jangan ilmu sekangkang kera mahu jadi mujtahid pula, Tak tahu alif, ba, ta mahu jadi mujaddid juga, Akhir si jahil jadi hero dunia.
Sidang mulia akan di adakan secara tahunan, Memugar isi kandungan al-quran, Dan makna mutiara hadis di taman, Mengambil segala buah pemikiran ilmuan zaman berzaman, Dari Ibn Khaldun hingga Afghani, Abduh dan Ali Syari`ati, Menalaah pandangan Malik Bin Nabi dan Abul Hasan Ali al-Nadwi.
Tahun depan tema lebih berspisifikasi, Akidah, dakwah,usul dan hukum, Ekonomi, pengurusan, politik dan seni, Semuanya berperspektif Islam, Para akademia dari universiti seantero dunia dijemput hadir, Mewakili ilmuan zaman ini.
Persidangan tanpa upacara resmi-resmian, Raja tidak meresmi, menteri tidak dijemput, Kerana penganjur tidak ada wang cukup untuk dibazirkan, Tidak ada jamuan kepada para muktamirin, Semua guna wang poket sendiri-sendiri, Justeru ilmuan golongan tidak terbela ekonomi mereka.
Wang sudah habis SMS mencari juara fantasia, Mencari Malaysian Idol, Dan Mawi menjadi heronya, Hingga berebutlah UMNO dan PAS menarik Mawi sebagai umpan baru, Berpolimik Mursyidul Am dan ketua Dewan Ulama, Sehingga berserabut jadinya.
Pastikan tema seminar tidak tersasar, Dengan isu remeh temeh, Bimbang para ilmuan lagi jauh ditolak ke tepi, Kerana seorang penghibur menarik jutaan tarikan, Para ilmuan terkapai-kapai
(sumber: Pemikiran guruku, Prof Madya Mohamad Kamil Abdul Majid-www.kamilmajid.blogspot.com)

No comments:

Seorang yang menyimpan impian seperti orang lain

My photo
Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Seorang anak kepada ibubapanya yang sabar. seorang kakak kepada 10 adik yang kaletah dan comel-comel. Seorang yang selalu berusaha. Seorang yang pernah jatuh. Seorang yang ada baik dan buruk dan selalu memperbaiki dirinya dengan impian dan usaha. Seorang yang tahu dia seorang hamba dan khalifah. Bakal Mahasiswi Sarjana Universiti Malaya dalam bidang Strategi Dakwah dan media. Penulis dan penerbit yang baru2 belajar. hubunginya: Baitul Hasanah, Kampung Gajah Puteh, Padang Sira, 06100, Kodiang, Kedah. senyum_sokmo2@yahoo.com www.esasterawan.com (ummu hani) Mari tolong berikan hikmah ilmu kepada saya.